Sunday, 13 October 2013

Hilang Aku.

Bismillah.


rindu. rasanya macam dah berabad lama tak menaip. jadi macam awkward masa nak mula kan ayat. haha. tapi rasanya itu perasaan setiap kali aku nak buat entri. kerna aku bukan tukang cerita hebat. heh. lagipun aku dalam proses menghilangkan-memulihkan diri mungkin. entah tak pasti.

hidup. okay setakat ini alhamdulilah. boleh di-follow the flow. walaupun kekadang rasa macam dah tunggang terbalik habis. dan banyak masa aku habis dekat tv tv tv online online. aku rasa macam 2 tahun ni hidup aku sama ja rutin. naik muak rasanya sampai tak ingat dah ni hidup ke mimpi ni. haha.

realiti. Secara jujurnya sungguh aku tak tahu haluan hidup aku kemana. walhal sudah maklum dengan ayat "masa umur kamu ni la kena ada cita cita dah. dah boleh tetap kamu ni nak pergi mana" dan secara jujurnya realiti hidup menakutkan aku. Aku takut. takut impian aku , dimusnahkan oleh aku sendiri. heh. sesal aku dahulu pun aku takut berakhir dengan kedukaan. siapa aku untuk menipu diri sendiri walhal aku tahu sendiri hakikatnya?

ruang. jadi tempoh cool-down yang aku sengaja cipta untuk kita berdua menyedarkan aku, yang aku ada masalah insecurities aku berada di tahap berbahaya. kalau aku pergi, kau perasan?


Querido,
Shah.

Saturday, 17 August 2013

Eheh. Perasaan.

Bismillah.


So hem selamat hari raya yang ke berapa tah yang haku tahu sekarang ni lagi sehari jaaaaaaaaaaaa nak bukak sekolah balik. duh. kerja menggunung tak bersentuh langsung. ngeh. Tak ada mood langsung o-kay nak buat. ei.

Perasaan.

Sejak dua menjak ni aku emo ja memanjang ( hahahahahhaahahahahahhahahahahaha ) jadi aku tak faham CINTA. weh kalau aku suka orang lepastu dia ada orang lain lepastu moody sehari esok okay balik. well bukannya suami pun. tapi apahal susah sangat hal berkaitan dengan jiwa raga dan perasaan ni? sampai sekarang aku tak faham faham lagi. ahahhahahaha. why its hurt so much?


Querido,
Shah


Aku tahu aku selalu buat entry tergantung sebabnya aku malas nak type and tak ada idea ihihihihihi.

Monday, 5 August 2013

Erm. Hi Raya.

Bismillah.



Lagi beberapa hari nak raya jadi fefeling nak raya memang habis tahap macam budak tadika nak raya. padahal aku bukannya dapat duit raya banyak pun. harharhar. tapi sedih la jugak ramadhan nak habis em em em. cepat gila kot masa berlalu. aku rasa macam semalam ja baru masuk kelas 4sc2. hem hemhem.

dan aku rasa masa ramadhan ni lagi teruk aku rindu Temerloh...................... aku tak faham la kenapa aku rindu temerloh sangat sangat. Aku rindu Anis. Aku rindu Qilah. Aku rindu Shu. Aku rindu Kak Nisha. Aku rindu Shyra. Aku rindu P23. hem hem hem hem hem hem.

pelik weh. pelik. aku seminggu je kot dekat sana. tapi rindu aku tu macam dah bertahun tahun. U_U Ya Allah sekiranya Sekolah itu memang terbaik bagiku kembalikanlah aku ke sana Ya Allah. Amin.

So erm erm erm. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. MAAF KALAU ADA TERKASOR TERSAKITI TERLEBIH. MAAF.

since aku rasa awkward gi-la nak post panjang panjang.

Querido,
Shah.

Saturday, 13 July 2013

Puasa.

Bismillah.


Hi Temerloh.
Happy fasting without me! 



Da one who miss you forever temerloh,
Shah.