Sunday 10 March 2013

Marriage / Couple

" Kau tak rasa lonely ke bila orang sekeliling duk ada 'teman tapi mesra' ? " suara Khaiyra memecah kesunyian prep petang.

" Teman tapi mesra? maksud kau couple? "

" Haah. "

" Tak. " tanpa perasaan dia menuturkan.

Teman tapi mesra? heh. Kawan lelaki aku pun boleh kira dengan tangan ni nak ber-teman tapi mesra bagai. Itupun kawan sekelas yang lelaki sahaja rasmi menjadi kawan lelaki aku. Kut kalau ada yang keluar aura Mat Romeo nak berkenalan pun aku dah keluar aura sakit jiwa sarkastikus. Memang idak ler jawabnya. heh. Nak couple couple bagai ni. Memang sakit jiwa sungguh. tengok orang sekeliling yang duk bercinta ni pun dah serabut kepala otak. Dengan masalah cinta, masalah sayang , masalah setia dan segala masalah yang seangkatan dengannya. Seriau sungguh. Lagi happy aku duk jalan hidup aku macam ni. Kut nak mengadu, lebih baik mengadu pada Allah. Kalau bercerita dekat manusia kadang-kadang bukan depa faham pun.

Kalau aku nak calon suami pun biar depa terus masuk meminang. erk? Jauhnya kau fikir Nawal? parah. parah. tapi betul apa. Kalau aku nak carik pun mesti ada ciri ciri macam Khalid Faizal Bin Musa(ked-flop). 
dipetik daripada buku Pelangi.(ked flop - Hlovate) 


Kira tabik la kalau ada lagi jejaka yang macam Ked-Flop. Adei, memang dah jauh sungguh kau melalut ni Nawal.




Querido,
Shah.

0 Comment :