Sunday 27 October 2013

Silap

Bismillah.

Silap aku yang tak reti bersyukur.

Silap aku pentingkan diri sendiri.

Silap aku buat keputusan terburu-buru.

Silap aku lupa akan masa depan aku.

Silap aku , aku dan aku.

Hatta bagaimana aku cuba lupakan , hal satu tu akan menghantui aku. Allah.

Rindu aku pada mereka pada tanah itu pada bangunan itu tak pernah luntur. Acap kali hati ni mengatakan. Acap kali.

Kalau dan segala kalau tetap jadi permainan hati. Sudah lali. Bagai salah satu rutin hidup aku kini.

Pernah bertanya kenapa tidak ditarik sahaja nyawa ini? Allah jahil nya aku kerna satu ujian yang kau beri sudah aku tersungkur tak bernyawa.

Beribu kali maaf aku pinta tidak akan berputar kembali masa ini. Hatta, kalau aku anggap semua ini salah satu ujian untuk aku menjadi lebih matang , tetap menghiris hati aku.

Luka aku. Cuba berubah.

"Sesuatu yang kamu suka , mungkin bukan terbaik untuk kamu. Dan mungkin sesuatu yang kamu tak suka terbaik untuk kamu."

Querido, 
Shah.

Sunday 13 October 2013

Hilang Aku.

Bismillah.


rindu. rasanya macam dah berabad lama tak menaip. jadi macam awkward masa nak mula kan ayat. haha. tapi rasanya itu perasaan setiap kali aku nak buat entri. kerna aku bukan tukang cerita hebat. heh. lagipun aku dalam proses menghilangkan-memulihkan diri mungkin. entah tak pasti.

hidup. okay setakat ini alhamdulilah. boleh di-follow the flow. walaupun kekadang rasa macam dah tunggang terbalik habis. dan banyak masa aku habis dekat tv tv tv online online. aku rasa macam 2 tahun ni hidup aku sama ja rutin. naik muak rasanya sampai tak ingat dah ni hidup ke mimpi ni. haha.

realiti. Secara jujurnya sungguh aku tak tahu haluan hidup aku kemana. walhal sudah maklum dengan ayat "masa umur kamu ni la kena ada cita cita dah. dah boleh tetap kamu ni nak pergi mana" dan secara jujurnya realiti hidup menakutkan aku. Aku takut. takut impian aku , dimusnahkan oleh aku sendiri. heh. sesal aku dahulu pun aku takut berakhir dengan kedukaan. siapa aku untuk menipu diri sendiri walhal aku tahu sendiri hakikatnya?

ruang. jadi tempoh cool-down yang aku sengaja cipta untuk kita berdua menyedarkan aku, yang aku ada masalah insecurities aku berada di tahap berbahaya. kalau aku pergi, kau perasan?


Querido,
Shah.