Sunday 26 February 2012

tuisyen.

Tumblr_lyjw823xyp1rnsnmso1_500_large


Ohoi korang semua. *tak beradab sungguh* semalamkan , Shah pergi tusiyen dengan Cik Starry. itu memeng rutin wajib setiap hari sabtu. *tak best langsung tahu* lepas tu ada sorang budak lelaki ni dari awal sampai la habis kelas tak habis habis bercakap. yang kitaorang duduk depan kena tadah dengar dia cakap. kenapa la kau duduk belakang aku eh ?

kawan dia siap cakap lagi :
"kau ni banyak sangat cakap la sampai aku pun tak buat kerja"

Lepas kena tegur tu bukannya dia nak diam. sambung cakap bailk. kau memang macam itu tahu. Shah rasa nak nyanyi lagu yuna yang penakut tu. ulang lirik :
"Ini tidak adil , tidak adil bagiku"

Tapi yang ajaibnya cikgu tak tegur pun dia sebab bising. orang lain semua kena. mungkin dia menyorok belakang Shah la kutt. masa Shah nak cakap dengan Cik Starry dia boleh la nak dengar sekali. hang pernah rasa penampar tak ? Shah pusing buat mata. *takut tak ?* tak menjadi pun. mata Shah kan sepet. :13:

Tolong Saya Tak Siap Lagi Karangan !:20:


Hertfelt ,
Querido:5o2: 

Saturday 18 February 2012

Jejaka yang Annoying.


Tumblr_lzi4ypjghs1roz8ago1_500_large
Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan tajuk entri. 

Penat ! Shah baru balik dari kelas mathematics. bersemangat gila sebab hari tu buat test dapat markah bawah 10. rasa nak buat tarian zapin je dekat depan kelas tuh. aci tak ? banyak sangat buat careless mistake. xD oleh sebab itu hari ini kena buat test yang tc bagi lagi sekali betul - betul. dan shah dpat 20 markah keatas. :) bangga tahu. walaupun dalam kelas Shah tu berlambak - lambak orang dapat 30 ke atas. 

Hari tu kan , kita tolong ustazah pasang langsir dekat dalam surau. lepas tu bila kita nak gantungkan langsir tu ada orang cakap :

"sampai ke dia nak pasang ? diakan pendek."

Kita pandang dia macam nak bagi sinaran laser superman tu. tahu la kita pendek. dia tu panjang melangit. kita pun terus hulur kain langsir dekat dia. kau tinggi sangat kan ? kau pasang la ! -.-" masa kita nak pusing ada lagi suara sumbang yang bersuara dari mulut yang sama :

"lain kali makan sayur banyak - banyak"

Eii , mulut awak tu tak ada insurans eh ? siap bagi pesanan penaja lagi. saya suka makan sayur ta-hu ! sesuka - suki hati mulut awak je berkata begitu kan ? 

Sejak hari itu , kalau terserempak dengan dia mesti bagi dia jelingan super sedasss punya. bukan jelingan manja ye ! 
 




Aku menyampah tengok kau ! :20:




Querido ,
Shah :5o2:

Monday 6 February 2012

Memasak ?



awak , awak sekalian tahu , saya memasak hari ini. cehwahh , itu pun nak bagi tahu. Shah memang jarang memasak dekat rumah kerana dekat rumah tuh dah banyak sangat 'master - master Chef' tu yang Shah taknak menyemak. :)

tapi pagi tadi ada sorang chef tu dah pergi bercuti jadinya Shah kena gantikan dia. Umi Shah dah buat ala - ala mak tiri suruh Shah memasak jugak. Shah pun pergi la masuk dapur. huhuhu. pergi berperang dengan sudip kuali segala bagai. eww, saya dah lama tak masuk dapur lah awak. *habis la Shah kena reject dari jadi menantu* :20:

Shah : sedap tak sotong tu ?
Ayah : tak sedap. *sambil tangan ceduk kuah sotong.* 

shah dengan Umi shah buat kening double jerk. terang lagi bersuluh lah yang Sotong masak kicap Shah tu sedap. siap bertambah - tambah lagi. rasa kembang kempis hidung bangga dapat masak sedap. 




Saya gembira :13:





Heartfelt ,
Querido  :5o2:

Friday 3 February 2012

Awak Kekasih Hati Saya ?

 
Tumblr_lytgjvcut21qzh7tdo1_500_large






Sebenarnya nak bagi korang dengar lagu sebelum mulakan entri kali ini , tapi takpalah. korang baca je la eh untuk kali ini. entri ni pun tak panjang mana pun. korang baca and faham saja. :132:

Mungkin kau tertanya - tanya erti perhantianku terhadapmu ,
Pastikau meneka - neka apa yang tersirat dalam gerakku , 
Akulah serpihan kisah masa lalumu , 
Yang sekadar ingin tahu keadaanmu ,
Tak pernah aku bermaksud mengusikmu ,
 mengganggu setiap kenteteraman hidupmu ,
Hanya tak mudah bagiku lupakanmu ,
Dan pergi menjauh ,
Beri sedikit waktu ,
Agarku terbiasa ,
Bernafas tanpamu.


Nota Doktor


Saya tuju lagu ini untuk seseorang. saya betul - betul susah nak lupakan awak. maafkan saya. attention ini bukan si capital M.



Heartfelt ,
Querido. 

Wednesday 1 February 2012

Ini Patah Hati Namanya.

Tumblr_lxsbf1zudt1r5849uo4_250_large








Hye korang , kali ni tiba - tiba nak letak gambar si Zayn Malik. ^_^ Dia comel + smart bukan ? sangat suka dia. kekasih jantung saya kedua saya selepas blog. bahahaha. jangan kondemm Shah pulak lepas ni. :) Shah je perasan sorang - sorang. 

Korang tahu , dekat 1 hari aku kena tadah telinga dengar sahabat - sahabatku bagi ceramah percuma. untuk kebaikan Shah sebenarnya. 

Well , awak cakap awak benci saya kan ? saya tak ambik hati pun. saya mana ada kuasa nak suruh awak berhenti benci sayakan ? awak , saya bukan taknak tegur. tapi... saya pun tak tahu kenapa. saya rasa kekok kutt. dah nak dekat 2 bulan kita tak bercakapkan ? *yang kita cakap pasal pelajaran tepi tepi kan* masa awak sound saya hari tu saya memang sentap. ye la awak tiba - tiba mara dekat saya tanpa sebab. awak ingat orang lain suka ke ? tapi bila Si Encik Luahan Hati awak tuh bagi tahu hal sebenar , berkesan la sikit hati saya. lagipun awak ada minta maaf dekat saya kan ?

Lepas tuh saya ada cakap something yang mungkin menyakitkan hati awak kutt. lepas tu kiat terus tak bercakapkan ? awak , kalau salah saya , saya mintak maaf. *macam la dia baca* saya tahu salah saya , semua penceramah terhormat bagitahu salah saya. Saya minta Maaf ! :)

Heartfelt ,
Querido

Jom Join Contest Hebat ni !