Tuesday 31 December 2013

Selamat Tahun Baru

Bismillah.


Selamat tahun baru diri.
Selamat tahun baru tahun.
Selamat kena naik harga.


dunia.

mainan.


Querido,
Shah.

Sunday 29 December 2013

Setengah.

Bismillah.



Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat
Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat


Querido,
Shah.



Thursday 26 December 2013

I Balik

Bismillah.



"I balik for good.
I nak you for good."



;)
Querido,
Shah.

Wednesday 25 December 2013

Cuti. Nak. Habis. Grr.

Bismillah.


cuti aku sebagai pelajar sekolah yang berumur 16 tahun nak habis dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 dan sungguh aku kata 2013 ni banyak gila benda terjadi! full of lessons maybe. sungguh. banyak air mata. perit. luka. heh.

Jadi aku harap sangat 2014 ni banyak memberi aku kebahagiaan kepada aku. insyaAllah. yang pastinya mesti tahun depan tak cukup tanah nak jejak lagi. ber plus plus lagi. dengan prs nak berkejarnya. dengan pps lagi. holamak. nasib baik kelas aku tak handle sekali. memang angkat bendera putih dulu la. taknak aku berlambak lambak kerja. haha. cukup la dengan segala bukit bukau ini.

Yang paling lawaknya aku check stats blog aku. naik title entri aku "selepas result pmr" selepas result pmr keluar haritu. haha. aku pun bukannya ingat pun aku tulis benda apa dalam entri tu. haha. k kejam habis.

konklusinya harapan aku untuk 2014 ni (taknak guna azam sebab tak pernah terlaksana pun azam holamak aku tu. bedebah je) :


  • kalahkan mukh dalam spm dan trial and what so ever. sebab taknak kalah dengan dia. insyaAllah boleh.
  • dapat 10A+ dalam trial and spm. aamin!
  • by hook and by crook kena jadi senior yang 'baik'. k nampak macam sangat mustahil haha. 

Querido,
Shah.


Monday 23 December 2013

Two Days With Fake Hope. heh.

Assalamualaikum.



"Aku sayang kau. Aku sayang dia juga."
tersentap.
terputus nafas.
bergenang.
berair.

Terluka? ya. Sakit? ya. Perit? ya. perasaan. sungguh kompleks.


Querido,
Shah.

Sunday 15 December 2013

Sindrom.

Assalamualaikum.


jadi habis semua aku send 'sial'. ada yang aku tersend. ada yang sengaja. mood swing habis! haha sial! classmate aku layan je. haha. aku dah pesan awal awal jangan terasa. faham je. haha. aku sungguh tengah sweeeeeeeeeear habis hahahaha.

segala binawe jenis kata aku keluar. entah hapa hapa tah. nasib baik depa faham! aku tahu mesti ada yang duk judge aku apa apa benda tah. hahaha. aku tak kisah langsung!


Querido,
Shah.

Erhu.

Assalamuakaikum.


Selagi aku ada mood nak tulis ni biaq pi saja. biasa bila cuti mood swing macam haapaje. haha.

Baru baca buku awek chuck taylor. haha. aku suka mira. hahaha. tapi dia rebel. haha. sorry kalau aku salah tafsir maksud rebel ttu. haha. hidup macam tak ada tuhan sangat. tapi yang lain okay. well, aku pun baru baca separuh. haha. ada la yang aku rasa macam nak jatuh tergolek dari katil sebab lawaknya aiman dengan hafiz ni. hahaha. serious okay serious.

kalau aku jadi macam mira mahu ada yang putus nafas. haha. lepasni buat experinment dekat pakwa baru. hahah. mampus forever alone lepastu. hahaha.

bukan aku kisah sangat pun ada boyfriend ke idak. sebabnya seelah ku tilik aku dapati kasih sayang aku dkt lelaki ni sekejap ja! lain ah kalau hampa jadi kawan aku. memang aku sayang habis ah konklusinya aku tak stick dengan kasih sayang sangat. dan jangan nak buat cerita bukan bukan lepas baca perenggan ni. cuba la faham faham sendiri                                              
aku gembira dengan hidup aku walaupun hidup aku macam ikan pasang surut. pe jadah aku cakap ni weh?!  haha. KALAU LA OK KALAU LA budak budak ni tengok versi aku yang orang lain tak pernah tengok mahu terkejuz. haha.

                                                                                                              Querido,
                                                                                                        Shah.

Saturday 14 December 2013

Sweet.

Assalamualaikum.


"kenapa pandang I macam tu?"

"sebab kita kan sweet."


hihihi. aku kan selalu perasan aku sweet habis!


tak dapat aku nak bayangkan kalau kahwin dengan kawan baik sendiri. mau tergeliat lidah nak tukar ganti nama dari aku-kau jadi baby-ayang , abang-sayang dan sewaktu dengannya. haha. jadi kena perati betul betul siapa jadi best friend aku lepasni. haha.


Querido,
Shah.

Friday 13 December 2013

Cantik

Assalamualaikum.


" susah en jadi perempuan cantik?"

" kenapa pulak? "

"nanti ada lelaki psiko suka. haru hidup weh. takut je semedeng"

"haha. kau ni kan. tu orang cakap jadi diri sendiri. biar orang terima kita dengan apa ada nya kita. "


Querido,
Shah.

Ete

"nanti lepas kita dah jadi spouse kita menari"

"kenapa?"

"sebab i tunggu ada orang jadi partner i masa menari"



;)

Friday 6 December 2013

Moment

In your eyes,
in your mind,
love is being drawn.

love is the moment,
the moment you came,
you filled up my eyes,
you filled up my heart,
i keep thinking of you.

Even if i can't catch you,
Even if i can't hug you,
the love is still you.





[part of ost the heirs lyrics.]
isn't me or anybody out there feel hurt when eun-sang with young-do?
i do fell in love with kim tan! {hahahahahahhaha but yeap} 


Querido,
Shah.


Wednesday 6 November 2013

Tuhan.

Bismillah.

Tuhan,
 kalau jasad ini tidak lagi bernafas.
Jagakan mereka yang aku sayang.
Pimpin mereka ke syurgaMu ya Allah.
Relakan hati mereka untuk menerima pemergianku.


Allah.
Ampunkan segala khilafku.
Maafkan kelalaianku.
Maafkan aku kerna tak mampu menjadi umat yang menegakkan Islam.
Sungguh, aku manusia yang lemah tanpaMu.


Querido,
Shah.

Sunday 27 October 2013

Silap

Bismillah.

Silap aku yang tak reti bersyukur.

Silap aku pentingkan diri sendiri.

Silap aku buat keputusan terburu-buru.

Silap aku lupa akan masa depan aku.

Silap aku , aku dan aku.

Hatta bagaimana aku cuba lupakan , hal satu tu akan menghantui aku. Allah.

Rindu aku pada mereka pada tanah itu pada bangunan itu tak pernah luntur. Acap kali hati ni mengatakan. Acap kali.

Kalau dan segala kalau tetap jadi permainan hati. Sudah lali. Bagai salah satu rutin hidup aku kini.

Pernah bertanya kenapa tidak ditarik sahaja nyawa ini? Allah jahil nya aku kerna satu ujian yang kau beri sudah aku tersungkur tak bernyawa.

Beribu kali maaf aku pinta tidak akan berputar kembali masa ini. Hatta, kalau aku anggap semua ini salah satu ujian untuk aku menjadi lebih matang , tetap menghiris hati aku.

Luka aku. Cuba berubah.

"Sesuatu yang kamu suka , mungkin bukan terbaik untuk kamu. Dan mungkin sesuatu yang kamu tak suka terbaik untuk kamu."

Querido, 
Shah.

Sunday 13 October 2013

Hilang Aku.

Bismillah.


rindu. rasanya macam dah berabad lama tak menaip. jadi macam awkward masa nak mula kan ayat. haha. tapi rasanya itu perasaan setiap kali aku nak buat entri. kerna aku bukan tukang cerita hebat. heh. lagipun aku dalam proses menghilangkan-memulihkan diri mungkin. entah tak pasti.

hidup. okay setakat ini alhamdulilah. boleh di-follow the flow. walaupun kekadang rasa macam dah tunggang terbalik habis. dan banyak masa aku habis dekat tv tv tv online online. aku rasa macam 2 tahun ni hidup aku sama ja rutin. naik muak rasanya sampai tak ingat dah ni hidup ke mimpi ni. haha.

realiti. Secara jujurnya sungguh aku tak tahu haluan hidup aku kemana. walhal sudah maklum dengan ayat "masa umur kamu ni la kena ada cita cita dah. dah boleh tetap kamu ni nak pergi mana" dan secara jujurnya realiti hidup menakutkan aku. Aku takut. takut impian aku , dimusnahkan oleh aku sendiri. heh. sesal aku dahulu pun aku takut berakhir dengan kedukaan. siapa aku untuk menipu diri sendiri walhal aku tahu sendiri hakikatnya?

ruang. jadi tempoh cool-down yang aku sengaja cipta untuk kita berdua menyedarkan aku, yang aku ada masalah insecurities aku berada di tahap berbahaya. kalau aku pergi, kau perasan?


Querido,
Shah.

Saturday 17 August 2013

Eheh. Perasaan.

Bismillah.


So hem selamat hari raya yang ke berapa tah yang haku tahu sekarang ni lagi sehari jaaaaaaaaaaaa nak bukak sekolah balik. duh. kerja menggunung tak bersentuh langsung. ngeh. Tak ada mood langsung o-kay nak buat. ei.

Perasaan.

Sejak dua menjak ni aku emo ja memanjang ( hahahahahhaahahahahahhahahahahaha ) jadi aku tak faham CINTA. weh kalau aku suka orang lepastu dia ada orang lain lepastu moody sehari esok okay balik. well bukannya suami pun. tapi apahal susah sangat hal berkaitan dengan jiwa raga dan perasaan ni? sampai sekarang aku tak faham faham lagi. ahahhahahaha. why its hurt so much?


Querido,
Shah


Aku tahu aku selalu buat entry tergantung sebabnya aku malas nak type and tak ada idea ihihihihihi.

Monday 5 August 2013

Erm. Hi Raya.

Bismillah.



Lagi beberapa hari nak raya jadi fefeling nak raya memang habis tahap macam budak tadika nak raya. padahal aku bukannya dapat duit raya banyak pun. harharhar. tapi sedih la jugak ramadhan nak habis em em em. cepat gila kot masa berlalu. aku rasa macam semalam ja baru masuk kelas 4sc2. hem hemhem.

dan aku rasa masa ramadhan ni lagi teruk aku rindu Temerloh...................... aku tak faham la kenapa aku rindu temerloh sangat sangat. Aku rindu Anis. Aku rindu Qilah. Aku rindu Shu. Aku rindu Kak Nisha. Aku rindu Shyra. Aku rindu P23. hem hem hem hem hem hem.

pelik weh. pelik. aku seminggu je kot dekat sana. tapi rindu aku tu macam dah bertahun tahun. U_U Ya Allah sekiranya Sekolah itu memang terbaik bagiku kembalikanlah aku ke sana Ya Allah. Amin.

So erm erm erm. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. MAAF KALAU ADA TERKASOR TERSAKITI TERLEBIH. MAAF.

since aku rasa awkward gi-la nak post panjang panjang.

Querido,
Shah.

Saturday 13 July 2013

Puasa.

Bismillah.


Hi Temerloh.
Happy fasting without me! 



Da one who miss you forever temerloh,
Shah.

Sunday 7 July 2013

Pahang.

Bismillah.

 Pahang. okay aku rindu pahang. dalam erti lain aku rindu temerloh. aku rindu P23. Aku rindu 4T. aku rindu qilah, shu, anis, mia and lain lain (haku tak ingat nama dah) walaupun rindu aku tak la seteruk dulu tapi tetap rindu. Qilah selalu je contact aku. okay kira sweet betui la Qilah ni. Shu kadang-II call. Anis kadang-II mention. Nak pi Temerloh balik. hem hem hem. 


    Querido, 
Shah.

Sunday 16 June 2013

Please.

Bismillah.


I wouldn't be there for you forever.
I wouldn't be there for wipe your tears forever.
I wouldn't be there for calm you down forever.
I wouldn't be there for make your comfort forever.
I wouldn't be there to hear you story forever.
I wouldn't stay forever.
 Darl, please be ready for that. 


Querido,
Shah. 

Wednesday 5 June 2013

Miss.

Bismillah.



Allah...


how i miss we used to be together .



Querido,
Shah.

Saturday 1 June 2013

Mati.

Bismillah.

‘Along dah tidur?’ mata membaca pesanan ringkas yang baru dihantar oleh orang yang tinggal di atas.

Haih. Sikit punya dekat pun nak bertext bagai? Tangan masih juga membalas pesanan ringkas tersebut. Seminit kemudian kedengaran pintu billiknya diketuk.

“Along?” Aliyah membuka pintu biliknya. Tangannya membawa teddy bear berwarna purple pemberian seseorang bersama.

“Yo.” Badan yang selesa di pembaringan di dudukkan.

Kelihatan Aliyah duduk bersila di pintu biliknya.  Teddy diletak di atas ribanya.

“Kenapa ni Lia?” bukannya tidak tahu, adiknya itu tidak akan mensia-siakan waktu tidurnya sesuka hati.

“Along, Aliyah rasa macam nak menangis tanpa sebab. Aliyah rasa nak give up. Aliyah rasa semua benda yang Aliyah buat serba salah.” Suaranya tersekat-sekat. Ada nada sendu. Matanya kelihatan berair.

Nafas ditarik perlahan. Tepat tekaanya, Aliyah sememang sebegitu. Segala persoalan dan tanda tanya akan menghimpitnya tatkala malam menjelma. Luar dalam adiknya telah di hafal. Selama 16 tahun ini semua kisah mereka kongsi bersama-sama yang tidak akan diceritakan pada sesiapa hatta sebesar kuman pun.

“Kenapa sekarang ni rasa macam segala benda yang pernah Lia suka., benda yang Lia tak pernah takut terbalik sekarang? Kenapa long?” air matanya cuba ditahan berderai jua.

Nuraliyah Binti Shukri ; walaupun kelihatan tabah di siang hari, siapa tahu apa yang tersirat dalam hati? Siapa yang boleh menipu hakikat?

“Along, kalau Lia tak ada besar tak kesannya pada orang lain? Masuk syurga ke Lia? Menyusahkan orang lain tak? Sempat tak untuk memohon ampun untuk kali terakhir?” esak makin kedengaran.

Terasa berhenti detak jantunya mendengar soalan-soalan Aliyah. Aliyah begitu besarkah deritamu? Bukannya dia tidak tahu Aliyah takut dengan kenyataan. Dia takut dengan apa yang dia bakal hadapi. Dia takut merasa benda baru. Seperti dia takut membuka halaman yang mengatakan Abang Shah dan Chad meninggal dunia. Disebabkan itu dia tidak membaca buku Schubert’s Serenade dan Contengan Jalanan dua kali. Padahal kedua-dua buku hasil karya penulis kesukaanya. Ketakutannya makin melampau-lampau semenjak dia menginjak alam remaja.


“Lia.” Kaki dihayun ke sebelah Aliyah. “Kalau kita sendiri yang karang kehidupan kita mesti tak ada langsung cerita sedih mesti gembira belaka je. Tapi hakikatnya bukan begitu, Allah dah tetapkan takdir dan dugaan untuk hambaNya. Dia ada cerita bahagia versinya tersendiri Aliyah. Cerita yang telah ditetapkan pasti lagi hebat dari harapan hambaNya. Dia lebih mengetahui segalanya.” Katanya terhenti seketika untuk memikirkan kata yang perlu diucapkan. Tangannya perlahan mengusap perlahan belakang Aliyah untuk meredakan kesedihannya. “Lia, kematian itu pasti. Allah dah kata dalam quran. Cuma tidak tahu bila dan masanya. Hidup kita ni terpisah satu garisan je dengan kematian. Doa penguat kita dengan orang disana. Memang kalau orang yang kita sayang pergi pasti meninggal titik besar dalam hidup kita. Makin besar umur kita makin terasa kehilangannya. Hidup kita kerana Allah, Mati kita jua kerana Allah.” Along memberhentikan kata-katanya. Aliyah juga sudah berhenti menghamburkan kesedihannya.

Querido,
Shah.

Saturday 25 May 2013

Saya Tak Tahu. :(





Saya tak tahu apa yang saya rasa. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan. Sungguh saya tak tahu. :(



Querido,
Shah. 

Sing this Song For Me.

I'm afraid that I gotta do what I gotta do
But if I let you go, where you gonna go?
We gotta make a change, time to turn the page
Something isn't right, I don't wanna fight you
We've been through tougher times, you know it gets worse
We can turn this around please let me be first
And as I feel your tears spilling on my shirt
Something isn't right I don't wanna fight you

[Chorus]
Hey you, come over and let me embrace you
I know that I'm causing you pain too
But remember if you need to cry
I'm here to wipe your eyes

Tonight before you fall asleep
I run my thumb across your cheek (across your cheek)
Cry 'cause I'm here to wipe your eyes
I know I made you feel this way
You gotta breathe, we'll be okay (be okay)
Cry 'cause I'm here to wipe your eyes

Oh nah nah oh nah nah nah nah
'cause I'm here to wipe your eyes
Oh nah nah oh nah nah nah nah

When did we cross the line?
How could we forget?
Why do we let the pressure get into our heads?
Your broken heart requires all of my attention
'cause something isn't right, I don't wanna fight you

[Chorus]
Hey you, come over and let me embrace you
I know that I'm causing you pain too
But remember if you need to cry
I'm here to wipe your eyes

Tonight before you fall asleep
I run my thumb across your cheek (across your cheek)
Cry 'cause I'm here to wipe your eyes
I know I made you feel this way
You gotta breathe, we'll be okay (be okay)
Cry 'cause I'm here to wipe your eyes

Please don't lose your faith
Don't worry 'cause I'm here to keep you safe
I promise if you let me see your face
That I won't let you down
I won't let you down
I'm here to wipe your eyes

Tonight before you fall asleep
I run my thumb across your cheek (across your cheek)
Cry 'cause I'm here to wipe your eyes
I know I made you feel this way
You gotta breathe, we'll be okay (be okay)
Cry 'cause I'm here to wipe your eyes

Querido,
Shah.

Monday 20 May 2013

Imagine it

Assalamualaikum.

Pernah bayangkan aku tak ada?
Pernah bayangkan aku tak ada untuk buat lawak tiga suku sampai korang rasa nak debik aku?
Pernah bayangkan aku tak ada untuk jadi tiga suku?
Pernah bayangkan aku tak ada untuk jadi-the-one-yang-susah-nak-kawal-emosi-marah?
Pernah bayangkan aku tak ada untuk buat korang senyum lagi?
Pernah bayangkan aku tak ada apabila kau perlukan aku?
Pernah bayangkan?


To the wonderful people who picked up my pieces and glued it back together with tender-loving-care, patience and unconditional love  ;
To the people who never give up on me ;
To the people who wake me up when i had a nightmare ;
To the people who never leave me behind ;
To the people who always be there for me ;
To the people who had leave memories on my life ;
To the people who patient with my behavior ;
May god; Allah bless you and me. 


Querido,
Shah.


Friday 17 May 2013

Out of Random

Assalamualaikum.


Tak normal ke kalau aku risau apa yang akan terjadi pada masa depan aku? Padahal sekarang ni pun  aku tak tahu sebab utama aku ambik sains teknikal untuk sambung 2 tahun ni. Padahal dah tetap masa PMR, tak nak ambik aliran sains. Tup tup, ketiga tiga sains aku dapat rasa. 

The main reason aku takut , aku bukan jenis manusia yang tetap pendirian. Setiap tahun tukar cita-cita. Tak terkira cita-cita aku sejak tadika. Kut aku tanya kawan kawan seangkatan dengan aku sekarang memang cita-cita diaorang sama je since form 1. aku je yang asyik lain. Kira haru la jugak kan?

Querido,
Shah.

Wednesday 15 May 2013

What If

What If I don't good enough for my future?

What If I don't success on what I do?

Sunday 12 May 2013

Well

Well , 


It is a big step to move on.

Saturday 20 April 2013

Adios.

Assalamualaikum.


I'm quite busy this week, month, year and so on. If i have time to spend on writing, updating on my blog i will do so. So, see you next time! InsyaAllah. 

p/s : pray for my success in this up-coming mid-term! 


Querido,
Shah. 

Wednesday 10 April 2013

R

Assalamualaikum.





AKU. RINDU. INSOFT. SANGAT. SANGAT. ALLAH..... :(



Querido,
Shah.

Saturday 30 March 2013

Siapakah Nur Iman Maisarah?

Assalamualaikum.

Ehem. So , siapa Nur Iman Maisarah ni? Muahehe. Dia ni........ er...... siapa ek?..... errrrrrr..... dia ni kawan baik dunia akhirat hingga ke syurga kepada Nurainatul Shahfiqah. (that it me lo. lol.) Happy 8 years Friendship Nur Iman Maisarah Nor Hairi. even though aku cakap tunggu cukup 10 tahun dulu baru sambut, apa aku kisah. hari hari kita kawan. muahaha.


Macam mana kita kenal eh?

Ouhh. yang masa kau pakat dengan diaorang taknak kawan dengan aku tu. xD

*stalk crush* *stalk* *stalk* *stalk* *stalk*

La, dia dah aweks. *muka kerek*

Apa kita kisah!

*motif masuk gambar ni sebab iman nampak elok je dekat sebelah tu ha* muahaha.

*konon comel tahap max boleh metling bagai la.* muahehe.


*busy* *busy* *crush call ni* mehmehmeh. Muka aku haish. 

InsyaAllah kita punya ukhuwah akan kekal ke syurga. Ameen. 
 Querido,
Shah.


Thursday 28 March 2013

Suami Aku Ustaz?

Assalamualaikum.


Ermm. ehuks. sebenarnya tajuk tak ada kena mengena yang hidup sama ada yang telah tiada. saja buat gimik yang tak menjadi ( hahaha ) tapi nak suami tu ustaz boleh ? Soooooooooo, cuti seminggu aku buat apa? aku duk ternak lemak dengan bahagianya dengan mata gelap panda. Sekian. O-kay. Sebenarnya makin besar angka usia kau , makin macam tak bermakna cuti. Aku klasifikasikan cuti aku dengan banyaknya homework cikgu aku bagi sebab taknak aku buang masa padahal aku akan siapkan hari terakhir cuti dan semestinya masa tu memang terkial kial tergugup gagao sana sini. benda lain tolak tepi terus. Tak pun time qada' tidur. tetapi selalunya aku bukan buat pun qada' tidur ni. lepas solat subuh bukan boleh tidur balik pun. kuhkuhkuh.

Tapi selalunya kalau kerajaan bagi cuti panjang bebenor dengan set happy homework bergunung, aku akan pergi geledah resipi resipi pak cik google. benda ni terjadi pun kalau aku rajin pi kedai nak beli bahan and buat. kalau tak setakat tengok je la. Tapi setakat ni aku pernah cuba satu resipi je la. taknak ah bagitahu apa yang aku cuba. nanti malu. ahaks. Resipi tu aku cuba banyak kali sampai aku boleh hafal dia punya bahan-bahan. Yang selalu jadi mangsa tukang uji semestinya two brothers in the house. Lol. 

Haritu aku jalan pi supermarket, aku cakap dengan two brothers in the house 

'Akak nak buat --------- lagi la.'

'haritu akak buat dah la keras.' 

*aku jeling tahap superman* 'keras keras pun habis jugak'

'ye la , nanti akak taknak buat dah.'

Aku tak tahu kenapa aku asyik gelak je bila ingat benda balik. memang percubaan kali terakhir aku buat benda tu agak keras sebab masak lama sangat. tapi tetap habis. Jadinya, segala resipi aku cuba menjadi la kan? sebab two borthers in this hoouse nak cuba lagi? lol.

Querido,
Shah.

Friday 22 March 2013

Kaku.

Assalamualaikum.


Ehem. Eh, tetiba rasa janggal nak update macam biasa sebab ada orang yang duk asyik hadap setiap patah perkataan yang ditaip dalam blog ni. (konon) kuhkuhkuh. Agak seriau jugak ah bila dapat tahu ada orang baca setiap cerita yang ada dalam blog. Well, dah lelaki baca blog haku memang la aku seriau. kut aku ada post pelik pelik tak ke hancuss gituh. 

Ehem. Ehem. So , kepada sesiapa yang dia rasa macam yang dia dah baca post post sebelum ni mesti pelik kan tetiba je aku tukar genre blog jadi cerpan. ( vassss gituh ) dalam blog aku ni takda unsur unsur copy paste erk, i means dalam bentuk penulisan. kalau bentuk grafik pun aku kadang-kadang akan cakap terus dekat owner ataupun letak nama diaorang dekat bahagian credit haku. Post-post yang sebelum ni memang aku yang tulis. Itu memang cerita pasal diri haku yang aku taip dalam berbentuk berbeza yang aku gambarkan terjadi dekat seseorang supaya korang boleh faham walaupun ada aku tokok tambah. (aku tak tahu la korang faham ke idak) tapi memang masa tu idea banyak sangat nak mengarang padahal dah lama tinggal zaman mengarang aku kerana tak cukup masa and idea. sob. sob. sob. Sadis. 



Jadi , kehidupan aku setelah berpindah-randahh-pindahbalik. Well, secara jujurnya masa mula-mula aku tukar balik aku memang rasa down sangat tanpa sebab. Aku tak banyak bercakap. Tak banyak berinteraksi. Sampai ada kawan aku cakap : 'Kau kena buli eh dekat sana?' 'Hantu mana sampuk kau ni?' . Aku manalah tahu aku jadi macam tu...............Hari berganti hari , aku pun dah semakin okay. Tak la teruk sangat macam aku mula-mula pindah tu. Aku cakap dekat diri aku : ' Allah bagi aku tawaran tu sebab nak tunjuk aliran mana yang terbaik untuk kau.' Alhamdulilah. Aku tak la tak suka mana pun aliran aku ambik ; Lukisan Kejuruteraan. Keputusan Ujian bulanan untuk subjek itu pun buat aku senyum panjang. Baru sebulan belajar dapat A woi. siapa tak bangga. kuihkuihkuih. 

Haritu aku dah terbaca dalam satu majalah pasal istikharah. Dia ada sebut pasal istisyarah. Istisyarah ni kiranya macam berbincang atau meminta pendapat orang lain (contoh: ibu bapa) sebelum membuat sesuatu keputusan. Aku baru first time dengar pasal istisyarah ni sebab sebelum ni aku pernah dengar istikharah je. Sebelum korang nak buat istikarah, korang check list senarai ni


  • Bertanya kepada orang yang arif berkaitan dengan masalah yang dihadapi. (isstisyarah)
  • Mestilah perkara tersebut bukan termasuk perkara wajib atau haram ( kalau dah wajib tu buat je, kalau haram tinggalkan.)
  • Bertaubat.
  • Berpuasa (mendekatkan diri kepada Allah SWT)



Sumber : Majalah Muslim Teens bil 12 mukasurat 28 &29.

Querido,
Shah.

Monday 18 March 2013

Andai.




Hanya satu kupinta ,
ANDAI dapatku ulangi masa.






Querido,
Shah.

Sunday 10 March 2013

Marriage / Couple

" Kau tak rasa lonely ke bila orang sekeliling duk ada 'teman tapi mesra' ? " suara Khaiyra memecah kesunyian prep petang.

" Teman tapi mesra? maksud kau couple? "

" Haah. "

" Tak. " tanpa perasaan dia menuturkan.

Teman tapi mesra? heh. Kawan lelaki aku pun boleh kira dengan tangan ni nak ber-teman tapi mesra bagai. Itupun kawan sekelas yang lelaki sahaja rasmi menjadi kawan lelaki aku. Kut kalau ada yang keluar aura Mat Romeo nak berkenalan pun aku dah keluar aura sakit jiwa sarkastikus. Memang idak ler jawabnya. heh. Nak couple couple bagai ni. Memang sakit jiwa sungguh. tengok orang sekeliling yang duk bercinta ni pun dah serabut kepala otak. Dengan masalah cinta, masalah sayang , masalah setia dan segala masalah yang seangkatan dengannya. Seriau sungguh. Lagi happy aku duk jalan hidup aku macam ni. Kut nak mengadu, lebih baik mengadu pada Allah. Kalau bercerita dekat manusia kadang-kadang bukan depa faham pun.

Kalau aku nak calon suami pun biar depa terus masuk meminang. erk? Jauhnya kau fikir Nawal? parah. parah. tapi betul apa. Kalau aku nak carik pun mesti ada ciri ciri macam Khalid Faizal Bin Musa(ked-flop). 
dipetik daripada buku Pelangi.(ked flop - Hlovate) 


Kira tabik la kalau ada lagi jejaka yang macam Ked-Flop. Adei, memang dah jauh sungguh kau melalut ni Nawal.




Querido,
Shah.

Saturday 9 March 2013

Cinta

" Nawal..."

" Ya? " kepala dipaling menghadap si empunya suara.

" Kau cintakan aku lagi? " nada selamba.

" Huh? " kening diangkat sebelah. Demam apa Zafri ni?

" Kau cintakan aku lagi? " soalan diulang semula dengan nada yang sama.

" Kenapa? "

" Sengaja. "

" Don't spoil my mood la , Zaf. " Mata dijulingkan ke atas.

" Aku nak tahu. " Nada masih sama.

" Aku tak nak."

" Tolong Nawal...."

" Aku taknak kehilangan kau buat kali kedua, Perit. "

" Jadi jawabannya? "

" Tolong Zaf. Setahun aku pendam segala apa yang aku rasa, semua air mata aku. Sakit Zaf.  Aku taknak benda tu jadi dua kali. Aku taknak. " kepala digelengkan.

" Sorry. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Aku nak tahu. Kau tahukan kau first love aku? "

" Aku bukan First love kau. tapi pencipta kita , Allah tu first love kau. "

" Manusia lupa. Manusia alpa. Aku tak terkecuali melupakan cinta yang sejati tu. " nafas dihela perlahan.

" Bukan kau sorang Zaf. Aku pun pernah. Kau tahukan kehidupan aku sebelum ni? " senyum segaris ditarik di bibir.

" Aku tahu. Kita bukan baru kenal sehari dua. Kita tersungkur bangun sesama. "

" Jadi kita move on sesama for good. Aku taknak tinggalkan kau lagi. " Senyuman semakin mekar terhias di bibir.


Querido,
Shah.

Saturday 16 February 2013

Regret.

Assalamualaikum.

Nafas dilepaskan perlahan-lahan. Serabut dikepala bagai tiada penghujung. Mata masih ditala menghadap televisyen yang setia bercakap tapi fikiran melayang pada kejadian seminggu lepas. Menyesal. Ya perkataan itu. Hati menafikan sekeras-kerasnya. Heh. Kau nak lari daripada kenyataan ke Shah?

Kejadian minggu lepas masih bermain dalam fikiran. Bagaimana dia rasa suasana baru, rakan baru dan hidup baru. Bagaiman dia hidup atas kaki sendiri. Bagaiman dia menjadi sangat pendiam. Tapi itu memang diri dia sebenar. Lebih banyak diamkan diri. Semua itu.

Apabila dia dapat hidup seperti biasa di tempat yang sama dia rasa janggal. Pelik. Sedangkan benda sama yang dia lalui 3 tahun sebelum ini. Terasa seperti dekat tempat baru, tempat yang belum dijejakinya. Semua semangat dia hilang. Hilang secara total. Bukan orang disekeliling memarahinya tapi segala benda terasa janggal untuk dirinya.

Apabila dekat sekolah dia rasa seperti ada tembok tinggi yang menghalang dia berkelakuan seperti dulu. Dengan kawan kawan seperti tidak mengenali. Itu bukan tempat baru baginya. 3 tahun sekolah itu menjadi saksi jatuh bangun dirinya. 3 tahun kawan kawan dia melihat dia membesar bersama sama menangis ketawa.  Tapi... Entahlah. Segala menjadi serba salah dimatanya. Segala benda dan keputusan yang dia buat tahun ini bagaikan sangat luar alam sehingga tak dapat nak cope dengan keadaan sekeliling.

Tangan dibawa ke muka. Salah ke Ya Allah keputusan yang aku ambik ini? Walaupun sudah seminggu berlalu semangat dia masih tak pulih. Dia hanya ketawa apabila meihat orang di sekelilingnya ketawa. Perasaannya kosong. Hanya segaris senyuman plastik ditampal dimuka supaya orang sekeliling tidak perasan.

Dia rasa nak patah balik dan bercerita segala-galanya pada Qilah. Sahabat baiknya di sana. Bukan dia tak kesian dekat orang sekeliling yang telah banyak berkorban. Tapi ketika itu dia hanya fikir untuk diri sendiri. Nak menyesal tak boleh dah Shah. heh. kau buat kau tanggung la. You deserve it.

Setiap doanya tak lepas memohon terbaik untuknya. Kerana dia tahu, dia sedar, dia tidak pandai membuat pilihan. Dia tidak tahu arah tujunya. Dia hanya berpegang 'follow the flow'. Sampai bila Shah kau nak macam ni? Sampai bila? Kepala digeleng perlahan. Dia tidak mempunyai jawaban untuk soalan itu. Sungguh dia tak tahu.



Querido,
Shah.

Saturday 26 January 2013

Last Day.

Assalamualaikum.



So , semalam last day aku dekat sekolah tercinta , terduduk , terdiri , termenangis , tergembira aku sebab aku dah ambik keputusan untuk terima tawaran yang aku dapat kerana sejak awal tahun aku dah bercita-cita nak 'ambik angin' dekat sekolah lain. Walaupun aku tak dapat tawaran sekolah yang aku nak sangat sangat sangat tapi takpa la tak ada rezeki latu. :')

So , kira aku dapat layanan yang sungguh istimewa la semalam ( ini poyo ) Pagi tu, masuk kelas Si Mukhlis and Aliff dah buat muka sedih sambil sambut aku masuk kelas. ( poyo lagi ) Aku buat tarik senyum segaris je la. Mana tak sedih kan , kawan diaorang yang paling comel nak pindah. wkwkwkwkwk. Gila haru ah tengok muka sesorang tayang muka sedih. Terasa diriku sangat dihargai, Cehwahhhh!

Masa rehat pulak ada buat makan makan sikit. Well , dengan budak kelas 3 Ceria 2012 yang sangat oh-sem tu! Sepatutnya majlis ni untuk sambut aku dan Najwa yang akan berpindah . tetapi disebabkan najwa ada perkara mustahak yang tak dapat dielakkan jadi diaorang sambut aku jela. Duk bersnap snap. ( ini wajib ) semua pakat bawak phone. Haaa, itu sebabnya korang tak nampak kitaorang dekat Kantin masa rehat. ngehngehngeh. 

Masa balik pulak jumpa ustaz masa nak turun tangga. dengan tangan pegang sandwich menjerit panggil ustaz. dah la menjerit dari tingkat dua. haru tak haru ah. hahaha. Si aliff dengan fat dah selamat tunggu dekat bawah. aku je yang tinggal dekat atas praktis jadi tarzan dengan ustaz. wkwkwkwkwk. Last last turun jugak sebab dah penat berlatih. Pergi kantin dengan si fat and Aliff. 

Sampai kantin je , dah nampak batang idung si Aidil BUSUK tu.  ( Habis Aku kalau dia baca ) dia duk lepak dengan najihah semua. Tetiba si Aidil ni mintak phone aku, dengan baik hatinya aku bagi la dekat dia. Cehwahh. apa aku kisah. Lepastu lari pi bilik guru dengan aliff , pi jumpa semua cikgu yang ajar aku. Mintak maaf semua. hehehe. Sila contohi Saya. ( ini poyo lagi ) 

Masa dah habis semua urusan , pergi jumpa semua budak perempuan 3C 2012 peluk peluk salam salam mintak maaf. kehkehkeh. Afiqah pun ada sekali uolls. Masa nak Balik pulak , Si Aidil teman sampai bus stopppp! wuyohhhhh! ada teman. :3 kahkahkah. Padahal dia mmg bust stop sama dengan aku. Sepanjang jalan tu la asyik borak je sampai naik lelah masa nak naik jejantas. wkwkwkwk. turun turun dari jejantas je dapat bas terus. tinggal la si Aidil sorang sorang :p ( jangan contohi saya ) wkwkwkw. Tamatla kisah saya dengan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS.

Terima kasih yang wish aku dekat twitter , bagi semangat , yang akan rindu aku , yang doakan aku. Kepada 3Ceria 2012 yang sangat sangat sangat istimewa pada aku , dari ada aasif , iman , amira , aina tukar takda, dari  ada fitri dan haris, syida tukar kepada firdaus dan akhir sekali izzati , terima kasih menjadi sahabat aku yang selalu tahan dengan mulut yang aku tak berhenti , panas baran aku , yang setia tak buat kerja dengan aku , yang setia back-up satu sama lain, yang saling sayang menyayang antara satu sama lain walaupun selalu bergaduh manja. Terima Kasih untuk semua itu. 

Terima kasih jugak kepada #TeamOneDay = Najihah , Najwa , Fatinah , Ummu , Aimuni yang setia berada di sisi aku walaupun aku banyak kelemahan. yang setia belajar erti kehidupan dengan aku. Yang setia mendengar cerita cerita merepeks aku. Yang setia melayan karenah gi-la aku. Yang setia melayan perangai perasan aku. yang setia mendengar cerita pasal FO yang tak mungkin aku dapat. Yang setia kena marah dengan aku. Yang setia berperang mulut dengan aku. yang setia hang out dengan aku. Terima kasih semuaaa! InsyaAllah kita akan jadi kawan hingga Jannah begitu jugak kepada budak budak 3Ceria 2012 yang lain. Friends Till Jannah InsyaAllah. 

Kepada junior junior ku, belajar la elok elok ye ! nanti mohon sekolah sama dengan Kak Ainatul! hahaha. InsyaAllah akak Ainatul tak lupa korang. Tidak lupa jugak kepada senior ku yang sering menyempitkan TL ku ( ini hiperbola ) = Kak Ain Nasihah , Kak sara dan lain lain. 

Doakan la yang aku dapat sesuaikan diri dekat sekolah baru. (:


Querido ,
Shah .




Thursday 17 January 2013

Form 4.

Assalamualaikum. (: x

Dah lama tak update blog kerna kesibukan dan ketandusan idea untuk menaip. cuma bagi ruang untuk persiapkan diri untuk masuk Umur baru, dan zaman belajar baru. heh.

3 / 1 / 2013 

Semua datang sekolah dengam muka sememeh , muka semangat tahap pokok , bau kedai dengan serba satu baru punya. Aku pulok , baju and kasut je baru . sebab malas nak beli baru , kang dapat sekolah lain. nanti membazir pulok. Hari first pun dah nyaris nyaris masuk barisan 'lambat' tu. lepas habis Pak Ju cakap dengan jayanya  kitaorang budak form 4 terus kena sumbat masuk dewan yang sunggu Kris Mas tu. kahkahkah. Cikgu pulok ambik alih mic dari Pak Ju. bagi taklimat bagai. memang kebisingan para pelajar sangat la tahap maksimum. itu baru cuti 1 bulan setengah. belum lagi 1 tahun. itupun bercerita mengalahkan Mak Kiah. HaHaHa. lepas beberapa minit kemudian ( berborak dengan Fatinah je kerjanya ) cikgu mula umumkan kelas and aliran mana yang kitaorang dapat. K. ini part ini sangat tak best. sampai je cikgu umumkan kelas 4 ST aku duk pandai lantai dah. Berdoa janganla aku dapat kelas ni. sebab aku mintak kelas ni. ( ini masa main main je mintak kelas tu. ) Nama Aleep dah selamat kena panggil sampai part nama perempuan , nama aku disebut akhir sekali. Semua budak perempuan 3C cakap 'Ainatul....' siap ada yang tarik tangan aku. aku tak ingat macam mana perasaan aku masa cikgu umumkan nama aku tu....... Nasib baik ada aleep. kalau tak memang tak bercakap aku. lepas je cikgu agih agihkan kelas. Kitaorang terus belajar. Betapa tak fokusnya aku sebab aku rasa kelas yang aku tak best. siap nak jumpa cikgu suruh tukar aku pergi Sc1.


7 / 1 / 2013

aku mula ragu ragu dengan keputusan aku untuk tukar kelas tu. Sebabnya , kelas yang aku dapat tu hanya ada 23 pelajar ( sama macam kelas 3C aku dulu ) , cikgu dia memang best , classmate yang gila gila dan baik. Serious la walaupun aku selalu gaduh dengan Azim pasal siapa yang kena hantar slip kehadiran pelajar , siapa yang kena jaga buku disiplin , selalu kena ucap padahal aku penolong ni sebab azim selalu masuk lambat tapi aku suka je. First time dapat jawatan penolong :') dan semakin hari semakin aku ragu, sampai aku buat istikharah sebab aku tak percaya dengan keputusan yang aku buat. Aku tahu, aku jenis manusia yang tak tetap pendirian. aku memang begitu.


14 / 1 / 2013

Aku dah selamat masuk kelas Sc1 , dengan aleep , Andrian. Mira pulak dapat masuk kelas Sc2. Najwa pulok tukar kelas k2. aku duduk dekat tempat najwa dalam kelas sc1. pada mulanya aku akward sikit sbbnya kena biasakan diri lagi. padahal hampir separuh kelas 3c dapat sc1. Cuma entah... dan sehingga aku menaip iaitu 17 / 1 / 2013 aku sudah terbiasa. sudah terbiasa dengan persekitaran yang baru ni. walaupun rasa rindu zaman form 3 masih berbekas , namun kehidupan ini mesti diteruskan. Tak akan aku lupa kelas 3C yang sangat sangat bermakna dalam hidup aku. yang aku letak dekat tempat paling special.

16 / 1 / 2013

keputusan tawaran SBP keluar . aku tahu pun sebab Aimuni check dekat laman web apatah. Kitaorang semua dah cuak tahap gaban nak check. Aku balik dari sekolah terus cakap dengan umi yang keputusan SBP. Mula la aku pergi dekat Laptop ayah ( ini sebab malas nak ambik laptop sendiri ) . hati tak payah nak cakap ah. cuak semendeng je. Bila dah taip no angka giliran , no ic. terus tutup mata. Bila dia dah habis loading... mak ai. terus menjerit panggil umi, nak menitis air mata aku baca ayat pertama dia yang warna merah itu.

Tahniah , anda berjaya dalam pemilihan sekolah berasrama penuh ( macam ni la rasanya ayat dia )


aku dapat SBP Integrasi Temerloh. Hanya aku dan Najwa je yang dapat. Ini memang rezeki Najwa dapat sekolah dekat dekat. dapat dekat Rawang sana tu ha. Gembira dapat tawaran ini. Cuma rasa bersalah sikit bila kawan kawan cakap 'untung la' sebab diaorang yang beria ia nak SBP.  Maaf. Dan sekarang aku tengah fikir lagi sama ada nak ke idak. InsyaAllah keputusan yang terbaik.


Querido,
Shah.