Saturday 24 December 2011

The Apple Of My Eye


korang faham tak maksud :

The Apple Of One's Eye ?
kalau tak faham pergi carik dekat dalam kamus. apa cuti - cuti malas nieh ? cuba berusaha sikit. -gaya makcekk makcekk- sebenarnye maksud benda alah tuh ialah ......

A favourite Person

so kalau kauorang nak save number orang tersayang kauorang boleh guna nieh lahh. baik takk akU? -perasan sangat kau nieh !

ART IS NOT MEANT TO BE UNDERSTOOD , IT IS MEANT TO BE APPRECIATED.

Querido ,
Dia 

Tuesday 20 December 2011

Budak Kecik (:


  Setelah sekian lama tak mengupdate terasa separuh rindu dekat kauorang. aku tahu kauorang tak rindu aku punya lha ! jangan nak tipu :P seminggu nie dok betapa dalam bilik. demam. memang tak larat. nasib baik still boleh turun naik tangga lagi. tapi ada satu tahap tuh tak larat nak turun. pala hotak memang rasa nak pecah. umi panggil turun makan pun buat dekk je. betul - betul tak larat. lepaz tuh terasa bilik terang bederang. hailaa , siapa pulak yang bukak lampu nie. keluarkan kepala sikit dari selimut baru nampak siapa. > umi , bawak air hot chocolate sekali dengan ubat. umi pesan suruh makan. aku keje angguk je lha. then , umi keluar tutup lampu. ngehh~ SAYA SAYANG UMI SAYA. -tak sikit punya romantik?- 

kfine , kita tutup pasal demam. kita cerita pasal Budak Kecik yang tibe - tibe text aku semalam. terkejuz jugak lha. on fon terus ada text. daripada Budak Kecik. dahi dah berkerut. dia tuh macam ninja. selalu sangat MIA. lepaz tuh tibe - tibe muncul. haishh. 

patah perkataan yang dia hantar dekat aku menandakan dia macam ada problem. tak baik main teka teki lebih baik bertanya , tak begitu ?  aku tak suka paksa orang. kalau kau taknak cerita , tak payah cerita. kalau kau nak bercerita aku jadi pendengar. aku cakap macam tuh dekat dia , dia balaz balik aku takapaapa , aku boleh jaga diri sendiri. kalau dia tak nak bercerita tak apa , hormat keputusan dia. taknak dia rasa tak selesa.

memang dia dah besar pun. walaupun dia muda aku setahun. lagipun dia semakin matang sebab duduk dekat asrama. aku suke dengan perubahan itu. kalau dulu memang aku menyampah , tak suka sebab sikap dia macam childish. tapi sekarang tak. walaupun aku tak suka dia tak bermaksud aku tak sayang dia. aku saynag dia macam adik aku sendiri. ptuihh , kalau dia baca memang dia cakap aku jiwangs tahap tak ingat.

masa awal kitaorang kenal memang dah guna kau-aku. sebab taknak rasa macam terikat dengan berAkak - berAdik. buat aku tak selesa dan rasa tua. masuk tahun depan tahun ketiga kita kenal kan ? hahaha. well , walaupun kita jarang bercakap and bermessage kita tetap ingat satu sama lain kan ? -bagi aku lha tak tahu bagi kau- 

masa akhir - akhir tuh baru kau cerita dekat aku pasal masalah kau. well , aku happy sebab kau sudi nak kongsi masalah kau dengan aku. tapi bila aku baca text kau , aku terasa macam jantung aku nak pecah. nasib baik aku takada penyakit jantung. aku tak sangka sampai macam tuh masalah kau. kau cakap kau tanggung sorang - sorang. kau pesan dekat aku jangan cerita dekat orang. kau taknak orang lain rasa apa yang kau tanggung. kau nak tanggung sorang - sorang. aku setuju , sebab itu kan keputusan kau. aku tahu niat kau baik. 

aku harap sangat - sangat tahun depan kau bukak sejarah baru , buka baru. aku taknak kau teringat pasal kesakitan kau. kau happy dengan hidup yang baru. aku sayang kau tahu ! walaupun aku takada dekat sisi kau  selalu ! (:

Wednesday 7 December 2011

DOK MENCARUT :)


kita mulain sekarang ya ?-ini namanye orang dok mentahapahapah- kali ini dah tiga kali hadap laptop untuk hari ini. ayah terlebih baik hari ini. alhamdulilah ! ^_^ hari in cuaca begitu indahkan ? -merapu lagi , abaikan-

sakit tekak. tadi dok buat luahan hati dengan ENCIK ANGAU sampai hilang suara. hahaha. banyak sangat cakap. ENCIK ANGAU dok jadi pendengar setia. aku pulak jadi penyampai berita yang terhebad ! sampai pening dibuatnye ! nasib baik ENCIK ANGAU tak mara. (: bestbuddy aku tuh jangan nak sebuk - sebuk ngorat dia lak. backhand kang ! 

sori sekarang nieh aku tak banyak update. buzy memanjang -makan , tido- lagipun takda stori mori nak update dengan kauorang. takot kauorang busan pulak nanti. kita bukak stori baru. tadi , bukak blog minah sorang nieh -apahal kejam sangat malam nieh?- dah beratus dia punya followers. -gila jelos- 

lepaz dah habes dok menyelongkar blog dia , terus buat kenduri sucikan hati. hailaa~ takkan pasal followers pun nak dok dengki mendengki ? tak baiklah. itu rezeki dia. kalau ada followers tak baca kita punya entri pun buat apa kan ? setakat I FOLLOW YOU , YOU FOLLOW ME BACK. aku pun macam tuh. tapi dululah. dok masa mule - mule buat blog. sekarang dah kureng sket aihh. 

*jadi jangan nak dok dengki mendengki. bersyukur je. *

aku bagi kauorang hadiah >Tonyoh Sini ! 

terima kasih ! 

Tuesday 6 December 2011

Kembali lagi !


burrpp~ Alhamdulilah. -tak senonoh langsung- maaf nye ibu mertuaku ! kembali kita kepada tajuk asal. tadi aku cakap nak stori mori bersama anda kan , kan , kan ?-ini gaya minah gediks- pagi tadi subuh -subuh sudah dikejuzkan. ye lha , sebab nak solat subuh. seperti biasa , opah kesayangan aku  kena lontarkan vokal yang sangat mantap untuk bangunkan aku. -saya seorang yang sangat liat nak bangun- terpisat - pisat bangun. opah aku tengah sibuk bersiap. aku malaz nak ambek pusing. bangun pergi ambek air sembahyang. masuk bilik balik tengok kakak aku yang pertama tengah bersiap jugak. itu memang perakar biasa sebab dia berkerja tapi kenapa dia pakai baju kurung ? hari ini bukan hari jumaat. mase nak ambek telekung baru aku teringat yang kakak pertama aku tuh ada konvo. dia angkut sekali opah aku. aku pun solat lha.

lepaz habes solat , terus loncat atas katil. yehhaaa ! -perangai mengalahkan budakbudak- baring - baring je. dah jadi kebiasaan. bukannye aku boleh tido balik pun. mata tak mengantuk. opah aku borak - borak dengan kakak pertama.

O : entah sempat tak opah tengok cucu opah yang lain convo.
K : sempat. sampai yang bongsu.

tiba- tiba opah aku bangkitkan hal tuh. cuak aku. sebagai seorang yang muda tidak baik menyampuk cakap orang tuatua. -cehhwahh!-  pukul 7 semua dah bergerak. 1 rumah terpaksa bangun. -aku tidak termasuk dalam kategori 'terpaksa' ye !- salam dengan opah. :) lepaz dah habes semua terus masuk dalam bilik. kakak aku yang kedua bawak masuk bukubuku dia. hailaa~ calon SPM lha katakan. naseb baek aku bukan jenis orang yang tido selepas solat subuh. -bangga- ^_^ aku dok lha dengar dia baca mantera periksa dia. klha dah panjang sangat nieh. kalau kauorangbaca takpa lha jugak. sekian , terima kaseh ! (:

CINTA ITU BUTA !


mari , mari  ! mesti anda ternanti - nanti tajuk ini kan ? -perasan je- sila ambil perhatian ye ! bukak mata besau - besau ! sebenarnya anda ditipu. mana ada nak buat entri pasal CINTA. saja buat entri ini selepas dikecewakan dengan blog sendiri. buat Welcome yang kena enter tuh , tapi tak menjadi pulak. rasa nak hentak kepala je. -.-" so , untuk mengubati hati yang lara -cehhwah- aku mengupdate stori tah hape hape dengan kauorang.- sudah , sudah lagi baik aku pergi makan dari dok mencarut dekat sini. bye - bye. (:

Saturday 3 December 2011

FENOMENA TERHEBAD :)



Kauorang kenal tak siapa ini ? kalau tak kenal geleng , kalau kenal angkat kaki. hahaha. nampak beno nipunye kalau tak kenal. nama manusia ini : GREYSON CHANCE. selepas dia keluar dekat AIM hari tuh ramai gi-la peminat dia dekat Malaysia. termasuk aku.-tapi aku kenal dia kat astro hitz- memang JUSTIN BIEBER sudah jatuh carta kedua. -sebelum nieh kau pernah kisah ke pasal JB ?- ^_^ sudah - sudah. lagu yang kauorang dengar sekarang lagu dia lha. sungguh hebat ! sekarang , ramai sungguh blogger tukar background jadi kelabu. cuba bayangkan kalau nama dia YELLOW. dah sah - sah semua orang tukar background warna kuning. sakit mata memandang. +__+ tapi dia memang sangat hebad. lagi - lagi kalau dia maen piano. memang menakjubkan. -.^ kalau kauorang nak tahu lagu - lagu dia pergi lha dekat youtube ye ! kat sana banyak lagu dia ! sampai tak tahu nak dengar mana satu.-propa- kalau rajin like lha sekali fanpage dia. >------GREYSON CHANCE. sekian terima kasih ! sila datang lagi ye ! (: