Tuesday 30 October 2012

Kinda .

Assalamualaikum . 
  Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_largeTumblr_mcc0uxmsxr1rs0y34o1_500_large
Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large

Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large

Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large

Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large


I just wanna to spill out what I feel but I don't not know what I feel. Just i want to do that. Just that. 


Querido ,
Shah .

Monday 29 October 2012

Random .

Assalamualaikum.


So kali ini nampak tak kekurangan idea nak buat tajuk sebab memang Shah tenggelam kalau bab 'buat ayat' 'bina ayat' . HaHa. Entri kali ini memang Shah akan capur adukkan je semua cerita yang Shah nak cerita dan ingat. Sebab mungkin lepas ni Shah akan sibuk pegang buku untuk ujian kelayakan yang tak begitu lama akan buat temujanji dengan Shah.

#1 . PMR

Balik raya aidilfitri hari tu memang semua tanya : 'Dah ready PMR ?' *ini memang soalan pemes yang jadi trending apabila balik kampung dan sekiranya anda memang calon yang akan ambik ujian besar tahun itu. * Then , apabila balik kampung masa raya aidiladha hari tu soalan yang pemes yang jadi trending : 'Macam mana ? boleh buat ? ' 'Agak - agak dapat berapa A ?' .

Bukan nak cakap diaorang sibuk nak jaga tepi kain orang sedangkan kain dia yang senteng. Tahu la diaorang concern and nak tahu juga apa jangkaan dan perasaan kita sebelum dan selepas PMR tu kan ? tapi just macam setiap kali diaorang tanya tu buat jantung bergerak lebih laju daripada roket. Mungkin apa yang Cikgu Subra cakap jadi dekat diri sendiri : 'Cara kita merdeka mengikut kesungguhan kita' . Memang la . Siapa yang tak berusaha bersungguh sungguh untuk masa depan sendiri ye tak ? semua nak skor dengan cemerlang gemilang terbilang. Cuma perasaan risau dan cuak tu tak akan lari daripada mengacau kita.

Serious talk , memang muka nampak je sejuk tahap antartika punya tahap yang memang beku tanpa riak tapi hati ? Allah je yang tahu betapa risaunya. Takut sangat tak dapat apa yang kita target. Teramat sangat risau. *ni kalau Cikgu Norliza nampak Shah buat ayat macam ni mahu dia piat telinga* Cuma Shah doa semoga satu kelas Shah dapat 9A's . Amin.

Eh , Shah pun nak cerita apa yang berlaku / terjadi sepanjang PMR berlangsung .


  • Sepanjang PMR tu Si Mukhlis asyik cakap : 'Gemuk , good luck'. Shah buat duckface yang nak hentam dia je. Pandai pandai je panggil Shah gemuk. HaHa. Nasib baik dia duduk jauh daripada Shah. *eh , macam berani * :P BTW , Shah satu kelas duduk 1 baris dalam dewan ada beberapa orang je yang kena duduk baris sebelah.
  • Aidil pulak selalu perasan benda benda pelik yang Shah selalu buat. *selalu usha Shah letuw. HaHa* Sedangkan dia duduk sebelah belakang Shah. Dahla dia memang selalu ungkit pasal benda benda pelik yang Shah buat tu. -.-'
  • Masa kelas Shah ambik kertas akhir tu : Paper Bahasa Arab . Semua buat muka toya kena tonyoh. Agak  mencabar kut soalan dia. Dah lah setengah jam sebelum kertas tu habis memang tinggal kitaorang je dalam dewan sebab budak cina rehat. Memang Shah jakun tahap tak boleh blah tengok Cikgu penggawas tu bungkus kertas peperiksaan kitaorang. HaHa . Sumpah kelakar masa ini !
Untuk masa ini hanya sampai sini sahaja yang Shah dapat taipkan . Jumpa lagi key. Eh , Shah ada buat Shawl tutorial kalau nak tekan sila tekan SINI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah , ya tuhanku semoga aku dan kelasku mendapat 9A dan berjaya dengan cemerlang. Ya Rahman Ya Rahim, semoga pemeriksa kami menanda kertas kami dengan adil dan baik. Amin.



Querido , 
Shah.

Sunday 28 October 2012

Raya .


Assalamualaikum .


So , so , so , so , Hari ini ada konsert Big Bang . Siapa yang tak dapat pergi tu meh High five dengan Shah. *padahal tak minat Korea pun* *ehem* Sebelum peminat Big Bang balik durian , kerusi meja , mangkuk ayun dekat Shah lebih baik Shah kembali ke topik asal.


Sebenarnya entri kali ini Shah nak post gambar raya aidilfitri hari itu sebab sekarang la baru Shah and the geng * #TeamOneDay * ada masa nak upload , nak comment , nak like. Semua gambar celok daripada Camera Brothaa Farid * Brothaa Najwa * . Jadinya Shah la tukang uploadnyaaa. So enjoy the 'gambarsssss'.


Nana , Ummu  , Najiha.
Cc background : motor Razin rasanya.

Aiman and Nana. *ehem * macam ada apa apa je. :P
Najihah , Nana *bajet omeey :P* , Ummu and Najewaa.

Aiman ; ketua tingkatan yang kerek dalam masa yang sama masih bertanggungjawab.
Motif dia posing cengginih tak tahu la. Sebab tak ikut masa ini. xD




Me with Aliff. *kenapakah mukaku sebegitu ? *
Ini masa pergi beraya rumah Cikgu Latipah. 
Najewa and Aimuni. 

Aimuni with Haiqal Harun .

Razin. Motif gambar ini dimasukkan kerana gambar Haiqal ada dekat atas ,
gambar dia pun kena sebab diaorangkan #RempitBeriman. Haha. -.-'

 Aimuni , Afiqah , Ain A , Fathinah.
 Salasiah , Raja , Najewaa , Aliff , Ummu , Fathinah , Ain Z , Me , Haniff , Afiqah dan Ain A.

 Gambar ini still sama cuma tambah Aiman je sebelah Ain A. Pasangan 'couple' sehati sejiwa memikul tanggungjawab selama dua tahun.

 *still sama*



Geng Pink dengan Geng Hijau.
Firdaus dan Haniff. Mukhlis dan Raja.
With pasangan sedondon *tangan di bahu , mata keatas* : Azim.

Haaaaaiii , Saya pemenang Baju Tercantik . :P
*baju saya ikut tema cat sekolah. hahaha ! *gurau*


With Syafiqah. *kembar  nama Shah. Kami tahu kami comel. :P

Sekian gambar daripada Shah. ada banyak lagi tapi malas nak upload. HeHe.
Ya Allah , semoga persahabatan yang terbina selama tiga tahun ini kekal sehingga ke akhirat. Amin.

Querido , 
Shah.

Saturday 20 October 2012

ATM vs Kelantan

Assalamualaikum.

Tatkala sedang menaip entri ini perlawanan bola antara ATM vs Kelantan dapat seri 2 sama. Tettt. *twitter sangat berinfomarsi* Apahal tetiba gaya macam penyampai sukan tak bergaji ni ? *HaHa*

Tadi baru buat doddle dekat pixlr.com. Tapi doddle tu memang dah lama dah buat . cuma malas nak warnakan. So saja - saja je la upload dekat twitter bila dah siap mewarna. Ada kakak dekat twitter cakap doddle Shah buat comel. Hehe.


Lepastu , Shah buat lagi satu doddle . *saja mengasah bakat* Haha. tapi Shah memang tak tahu nak guna warna apa sebab Shah memang lifeless sikit dalam bab mewarna. *nasib baik tahun ni Shah tade matapelajaran pendidikan seni kalau tak matapelajaran tu la mewarnai report card Shah* So Shah bertanya kepada rakan twitter Shah *bajet ramai je* ini cadangan daripada Keynooo. 


So atas cadangan Keynoo tu . Shah warnakan la doddle Shah warna purple . Hasilnya . |


Nanti kalau Shah free Shah buat tutorial macam mana nak buat Doddle Eh ? setia menanti.
P/s : keynoo stalk blog aku wooo !


Querido ,
Shah.

Post After PMR.

Assalamualaikum Puan Tuan , Cik Encik , Mak Bapak , Adik Kakak , Abang Pakcik , Makwe Pakwe sekalian !

*hamboi Shah panjangnya kata alu-aluan* Haha. So , ini post kedua selepas PMR. kalau nak tengok post pertama silalah pergi mencarinya ya ! Sebenarnya dari hari habis PMR yakni hari selasa *harap maklum Shah ambik Bahasa Arab* nak update , tapi tak sempat. *sibuk ber-twiter-ing dan ber-facebook-ing.* Lepastu , sekolah buat macam macam program . Hamboi ! taknak bagi kitaorang rehat ke ?

Hari Rabu - pulang buku Teks *orang lain pulang hari khamis*
Hari Khamis - Pergi kem dekat Sungai Pangsun *BEST GILOS*
Hari Jumaat - Kursus Haji.

Hari khamis tu Ya Allah best sangat ! mula-mula diaorang bagi sarapan. Sedap woi ! nasi lemak *ini sebab dah lama tak makan ; pantang larang PMR* lepastu majlis perasmian oleh siapa tah. Tak ingat. tapi memang sibuk mencari line masa tu *sibuk nak ber-twiter* Hanif pulak main PSP. Geng HIAAASS pulak sibuk usha abang poli dekat depan. *hamboi !*

Dah habis majlis perasmian kitaorang dipanggil untuk tangkap gambar. *hamboi* tapi muka kitaorang mesti tak nampak sebab semua kakak abang UPM dan Poli tinggi benor. Then kitaorang dibagi briefting *betul ke ejaan ?* kitaorang dibahagi kepada beberapa kumpulan yakni setiap kumpulan mesti kena ada LELAKI ! Jadi Shah , Aimuni , Najewaa dan Raja satu kumpulan. Schoolmate yang lain semua satu kumpulan dengan Kakak and Abang UPM dan Poli. Lalala. Eh , kitaorang punya staff*ini memang wajib ada dalam setiap kumpulan* Kak Senaini. Comel je kau tahu. Hamboi !

Aktiviti kitaorang dekat sana lebih banyak masuk sungai. Eh , dah nama pun sempena Hari Sungai ! HiHi. tapi memang best. Budak KL yakni kami la tu ! semua jakun nak mandi sungai. HaHa ! Lepas habis semua aktiviti , diaorang bagi kitaorang mandi sungai selama 30 minit. tapi Shah mandi sekejap je la. Nanti masuk bas tak kering pulak baju kan. Lepastu Hanif belanja makan aiskrim. LaLaLa.

Then , kitaorang ada penyampaian hadiah ! *part ini best* kumpulan Shah dapat nombor 12 walaupun ketiadaan abang and kakak UPM and POLI. HaHa. dah habis semua tu kitaorang dibagi makanan petang. Bubur jagung yang paling sedap Shah pernah rasa ! memang terbaik !


Sila scroll ke bawah 
|
|
|
|
|










Antara gambar dekat Sungai Pangsun 






With Le Ummu. Dalam bas sedang berlatih untuk Parody 5 Days MC. 

Muka najewaa and setelah bermain air . LOL.

with Le ketua rombongan ; Aiman
Aiman bajet comel pula. Phuih !



Nanti Shah update lagi ya. Sabar la menanti (:
Querido , 
Shah.



Tuesday 16 October 2012

Coming Back !

Assalamualaikum .


Officially PMR is OVER TODAY , 16 . 10 . 2012 . 





P/s : BLOG UNDER CONSTRUCTION .