Friday 21 December 2012

Selepas Result PMR

Assalamualaikum. 

Sebenarnya kan entri ni untuk post sebelum ini sebab masa post entri sebelum ni sangat tak lengkap dan kaku. Tapi disebabkan buat entri tu hari ambik result lepastu tersadai jeee sampai la kemarin. itupun main je sambung sambung ayat (sebab nak keluar dengan kawan)(konon nak celebrate la) ceh. Itu je macam tah hapa hapa tah sampai orang baca nak baling durian dekat aku sambil cakap  ' Masuk tadika balik la' ( Macam ada reader ) Apa apa pun result Aku yakni Shah ( LOL ) dapat





8 A 1 B 



Memang tak sangka langsung dapat 8A1B tu. walaupun target dapat 9A tak kisah la asalkan atas 5 A. Alhamdulilah. subject yang B tu Bahasa Arab. jadinya kalau takda bahasa arab kira aku dapat straight A's la. ( LOL ) tapi walau apa apa pun belajar bahasa arab ni best wahai adik adik ku ( serious talk ) Cuma bukan nasib aku dapat A untuk subject tu. Abang Lope ada suruh recheck balik markah bahasa arab tu tapi aku taknak kang tak pasal pasal recheck balik turun gred aku jatuh. Buat menangis tak berlagu karang dekat pejabat pelajaran tu. Lagipun selama setahun ni aku exam aku tak pernah dapat A untuk bahasa arab cuma dapat 70 keatas je. Cuma masa trial haritu dapat 78 ke 76 ( tak ingat ) jadi memang semangat berkobar kobar la nak dapatkan A bahasa arab masa PMR ni tapi ..... HaHa. takpala. Kira alhamdulilah nikan! kena bersyukur!

So , adik adik yang nak tahu experience 'akak' masa ambik result untuk membimbing lebih tawakkal dan macho tahun depan sila la baca entri ni sehingga habis walaupun panjang berjela nak gi-la habiskan jugak ( main peras ugut ) HaHa.

Masa ustazah Tengku Laila ( guru kelas ) hulur slip PMR. mata terus baca dari atas sampai bawah. tetiba air mata dah bertakung dekat mata and terus gelak. ( reaksi spontan gelak tu ) lepastu ustazah cakap : ' Nak gelak gelak tu nanti , sain ni dulu.' ( sambil tunjuk kertas apa tah ) aku sains terus pi belakang ( padang, sebab ambik dekat astaka kan) terus call bapak. Air mata tak payah kira weh. Sampai orang ingat aku kena dera. ( k. ini tipu ) masa tu memang kau tak heran dah orang sekeliling dah. ( sangat excited actually ) kau tahu sampai Bapak kena call aku 3 kali untuk dengar betul betul apa aku cakap . KahKahKah. ( sampai sekarang bapak mengajuk balik cara aku cakap and menangis tu ) lepastu call opah ( opah pun menangis sama bila dengar aku menangis ) , Wan Cho ( wan cho tanya kenapa menangis. haha. tak tahu kenapa menangis sangat teruk masa tu ) , try call wan Nyah and Kak dik tapi tak dapat ( diaorang dekat JB ) , lepastu Kak Huda whatsapp tanya aku dapat berapa A terus je call dia ( dia pun menangis sekali ). last last check kedit tinggal 0.27 sen. ( sadis gi-la ) lepastu umi bbm tanya dapat berapa ( umi takda dekat KL ) . Umi dari demam terus baik demam bila tahu kepetusan aku ).

Aku terlampau gembira sampai aku lupa nak Call nenek. nasib baik umi ingatkan. terus tarik Aimuni pi teman carik public nak call ( cucu apa la aku ni ) then , pi 7E dengan Aimuni , Najwa and Ain A. semua terlampau dahaga almaklum la cuaca terik lagi lagi ambik result sebelah padangkan. then terus balik rumah . ( sampai sini je sanggup cerita sebab nanti panjang sangat )

Ramai yang tanya aku apa yang aku dapat untuk 8 A ni. So , aku kan post gambar and siapa yang bagi.

 Cover phone Kak Huda kasi and Kak Huda belanja steambot. Gambar ni post dulu sebab Kak Huda yang bagi dulu. 

 Benda ini dibeli oleh diri sendiri konon kononnya nak sama dengan cover la dan konon kononnya nak buang duit.

Ini pulak Umi bagi . Sebelum Pmr umi ada janji 1A 50 hinggit jadinya 8A 400 hinggit la kan. Umi janji nak masukkan dalam akaun bank aku. heeee.

Setakat ini itu je la je la hadiah yang dapat. Tapi sebenarnya hadiah tak penting. yang pentingnya bila kau tengok orang lain gembira sebab kau. Itu pun dah buat kau sangat bahagia dan gembira.
BTW , bapak aku tak ikut masa aku ambik result sebab aku dah pesan awal awal dekat bapak jangan ambik cuti. ( bukan aku sorang je , ramai lagi yang buat macam ni ) lagipun aku takut kalau aku kecewakan dia .
Kepada yang tak dapat Staraight A's macam aku . Mungkin Allah taknak bagi kejayaan pada kita sekarang untuk simpan kejayaan kita untuk masa depan. Jadi jangan bersedih. Banyak lagi benda yang kita boleh berjaya. Allah lebih mengetahui. 
Kepada Adik adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR tahun depan. Jangan banyak sangat main eh masa belajar. Nak main main boleh tapi berpada pada, jangan terlebih sangat. Kita kena ingat kita ni harapan keluarga. tapi jangan la stress sangat. Kita kena la pandai bahagikan masa kita. dan sebulan atau dua bulan sebelum PMR pulun betul betul. Itu la kejayaan kitaorang kelas 3 Ceria. (: dah akhir sekali Semoga Berjaya ! insyaAllah kalau kita dah usaha , doa dan tawakkal kita akan peroleh apa yang kita nak. (:

Querido ,
Shah.

Keputusan PMR Shah.

Assalamualaikum.

Dengan selamatnya result dah keluar pukul 11 tadi. Lol. Pukul 10 dah siap siap pakai baju sekolah terus turun pi tunggu bas. Boleh pulak terserempak dengan Zahir , Azman*tak ingat nama dia* dengan Sudin. Aku pun cakap goodluck je la dekat Si zahir and azman. Si sudin tu pulak sibuk berdiri dekat sebelah lepastu cakap : ' 5E eh? 5E eh?' . memang rasa nak tumbuk je dia tu. tahu la dia tahun depan baru ambik PMR. 10.40 macam tu baru sampai si pakcik Siput*rapid* lol. Naik bas terus bbm si najwa*konon gerak sesama la padahal dia lambat* haha. Muka cuak tahap petala tak ingat masa dalam bas sampai nak  terlepas station yang turun tu. Alhamdulilah idak.

Sampai sekolah masuk sekali dengan Hanif. lepastu jumpa Faiz , Azim dengan Afiq. duk lepak dengan diaorang sampai jumpa geng budak 3C. Then tetiba Si hanif tunjuk handphone dia. dia dah dapat message keputusan dia. And aku macam nak debik kepala dia. Orang tak dapat lagi dia dah tahu.

Pukul 11 dah dapat keputusan andddd aku dapat 8A 1B. B tu bahasa arab. Alhamdulilah. (:

Tuesday 18 December 2012

Header lol.

Assalamualaikum.

So saja menghabiskan masa menggeledah photoshop yang baru ja pandai guna. *selama ni buat perhiasan je* lol. Soooooooo tetiba nak buat header untuk sesorang yakni junior ku iaitu : Hajar Yasmin. *sila perasan* Baru perasan yang aku panggil dia dua nama sekejap hajar sekejap yasmin. lol. sebab tak tahu kawan kawan dia panggil dia apa jadi taram je la. Heh. Soo , Hajar boleh la awak tengok header yang akak buat untuk awak . tapi tak tahu la sesuai ke idak dengan taste awak. Heh. Ni pun main taram je buat. And Akak tak buat transparent sebab hajar guna simple template. tapi kalau hajar nak transparent suruh je akak eh. *macam dia baca je*


http://i1262.photobucket.com/albums/ii607/Shafiqah1997/hajar_zpsfdca6292.png
P/s: Akak lupa blog akak tak boleh highlight so Hajar tekan je gambar tu and copy url dia eh!  

Querido,
Shah. 

19 / 12 RESULT PMR.

Assalamualaikum readers! *krik krik*


Esok....19 . 12. 2012. kena ambik result. takutnya. seramnya. cuaknya. gementarnya. seriaunya. lol. Semua ada la siap berpackage package. lol. Lepastu semalam dah start trending PMR , #GoodLuckResultPMRTo . Awalnya naik trending uolls. Terima kasih la kepada kawan kawan , junior comel lote and senior yang wish good luck kepada Shah. Sangat dihargai uolls. InsyaAllah Shah akan dapat 9A. Aamin. aamin. Doakan la ehh! Harap sangat dapat 9A. Siapa taknak kan?

Semua wish yang diaorang wish untuk aku. Disebabkan aku bukannya famous sangat jadi aku printscreen la sebab bukannya banyak pun. Lol. 
Dah printscreen lepastu malas nak edit balik uolls.


Ya Allah Ya tuhanku , Semoga aku dan rakan rakanku berjaya memperoleh 9A dan berjaya dalam hidup. Aamin. 

Querido,
Shah. 

Monday 10 December 2012

Sedih.

Assalamualaikum. 

Masuk hari dah masuk cuti ke berapa pun tak ingat . sampai kadang kadang kena tengok kalendar hari ini hari apa. Sebab memang tak ambik pusing dah hal sekeliling masa cuti ni. Then dekat TL riuh pasal KEPUTUSAN PMR. memang rasa nak tarik rambut bila fikirkan KEPUTUSAN PMR. siapa tak cuak woi! Siapa yang taknak dapat straight A's ? Siapa tak nak bagi mak ayah bangga kan? cuma kadang kadang rasa risau , cuak , seriau tu datang walhal kita tengah tawakkal and yakin kan diri yang kita InsyaAllah dapat staright A's. Kadang kadang rasa takut nak harap tinggi sebab takut kecewa dengan keputusan takut usaha yang memang korbankan tak terbalas. Tulah kan. Tak reti bersyukur. Heh. Apa apa pun sekarang ni memang tawakkal and doa jela. Doakan eh Shah dapat Straight A's ! 

Kembali kepada tajuk kita hari ini. Sedih. heh. tak tahu la sebab apa. Macam buat movie marathon cerita sedih pulak hari ni. Lol. Barbie pun kira sedih ke? heh. Mood merawang dah muncul macam ni ah jawabnya. Cerita barbie pun boleh tangkap leleh. Lol. Tapi memang rasa nak ambik tisu sambil layan cerita hari ni. sedangkan cerita tu tak da la sedih sangat. lepastu layan novel. memang menjadi jadi la. lagi lagi hari ni sampai part sedih. dan dan ........(sambung sendiri tak melebihi 15 patah perkataan) Lepastu on Lappy , dengar lagu . sumbat je semua lagu yang ambik dari Kak Dik and lagu Kak Dik lagi menyedihkan aku ada la~ wuuuu~

Scroll TL , tengok tweet sweet couple . lagi menambahkan kesedihan aku. Tah apa tah. Couple je la pun. eiii~ Bagi mengubat hati yang lara *ayat tak nak kalah* pergi la kacau orang dekat ask.fm . dan aktiviti itu sangat la tidak membantu malah menambahkan lagi sakit hati kerana dia tak balas. Eh , bukan dia tak online , dia online tapi dia tak balas soalan aku. tapi soalan yang merapu tahap dewa dia balas pulak. Memang nyanyi lagu patah seribu la kan lepastu.

Konklusinya , saya tak nak kacau orang dah. lol. harapan tinggal harapan la jawabnya.

Querido ,
Shah.

Thursday 6 December 2012

Serious Talk

Assalamualaikum. 

Tajuk kali mungkin agak sarkastik *ye ye o je* tapi memang nak bincang pasal ni. 



BOYFRIEND / SPECIAL BOYFRIEND / PAKWE . 


So , dah hampir 12 bulan hidup menye-ingle after break dengan orang terakhir tu. Well , happy je hidup menye-ingle ni. Tak payah nak fikir pasal orang lain , tak payah rasa serba salah apabila cakap dengan lelaki lain , rapat dengan lelaki lain . Serious talk memang happy la. 

Tapi bila scroll TL tengok budak budak couple ni ber-sweet miut dekat TL timbul jugak rasa jealous. Kadang kadang. huh. Tengok lelaki duk pujuk perempuan tu. tengok betapa setianya perempuan / lelaki tu pada kekasih. tengok tweet diaorang . tengok kekasih bagi hadiah. tengok crush kawan kawan balas cinta diaorang. Dulu memang la pernah rasa , tapi kalau syaitan tu dah bisik memang macam ni la gaya dia. duk jealous pada benda tak betul. heh. 

Tipu la kalau cakap dalam setahun ni tak pernah ter-jatuh cinta. memang tipu. tapi memang cuba nak nafikan sebab tak nak serabutkan kepala yang memang dah serabut dengan hal yang tak sepatutnya. Tambah tambah lagi tengok orang sekeliling serabut dengan hal kasih sayang , cinta. memang gerun. 

 Dan ini , buat patah hati dulu sbb ini. Tak semestinya orang yang kita sayang akan sedar yang kita sayang dia. tengok ex kita dah move on dengan orang lain kadang kadang timbul rasa sakit hati sebab ada perempuan lain boleh bahagiakan dia. tapi kira okeey la. sebab kita tahu kenapa kita jadi ex dia.


Ini pun mungkin sebab kenapa tak nak berteman . lebih suka buku daripada orang. Lebih suka baca novel yang kadang kadang tak sedar realiti yang terbentang. Mungkin. Mungkin nak lari daripada masalah. dan segala kemungkinan itu mungkin. 


 Kalau diri sendiri pun tak ter-sayang , macam mana nak sayangkan orang lainkan ? dan definisi SAYANGKAN DIRI tu memang kena fikir daripada banyak segi. Sayang diri supaya tak melakukan perkara yang tak menyakitkan diri sendiri contahnya couple?


Memang tak berjumpa lagi apa yang dicari . macam mana nak jumpa apa yang dicari sedangkan tak tahu apa yang dicari. diri sendiri keliru . Apa sebenarnya dikehendaki. Apa sebenarnya yang boleh puaskan hati kita.

352ce0583c0e11e2bbe622000a9f1270_7_large

Memang sakit tengok ex dah move on. Tapi kalau dia dah bahagia biarkan je la dia.

Tumblr_m0difqxzcs1qaobbko1_500_large
Tumblr_mdjg4mkkt51r5hqo8o1_500_large

True love.

Loolllllll

Serious talk , i want my story end like this.

“If Allah knows any good in your hearts, he will give you something better…”
[Surah Anfal, 8:70]

Sememangnya perasaan cemburu tetap ada tapi kuatkan hati supaya iman tak goyah , tak tumbang pada hasutan Iblis . Saya tahu saya bukan manusia baik pada masa silam saya , tapi saya masih cuba perbaiki diri saya ke arah redha Allah , ke jalan Allah. Saya masih belajar. Saya masih mencari. Saya masih bertatih. Iman saya masih goyah.

Saya bukan rindu untuk 'ber'couple' semula tapi entahlah. Saya nak lelaki yang akan sedia menjadi suami saya. Yang bukan menjadi saya hanya sebagai stok untuk dibuat sebagai makwe dan bukan untuk isteri. Yang bukan sahaja menyintai saya tetapi menyintai pencintaNYA. Yang akan membimbing saya ke jalan yang benar. Yang akan mengajak ke kebaikan. yang akan mengimamkan solat saya. Menjadi bapa yang baik kepada anak anak saya. Dan untuk mendapat lelaki itu , saya tidak perlu la mencari kerana sekiranya jodoh saya kepada dia tetapla kepada dia. 

Maaf sekiranya saya ada menaip yang salah. 
Querido ,
Shah.

Hang out with #TeamOneday.

Assalamualaikum .


Apa khabar sekalian pembaca setia yang sanggup datang walaupun dah bersarang tahap petala ke berapa tah blog ni. Almaklumlah , takda masa woi! *takada masa la sangat sedangkan 16/7 bersama dengan twitter.* kuangkuang. Sebenarnya banyak je benda boleh update sebabnya haritu pi bukit beroga . memang banyak benda la nak taip sampaikan dua hari 3 minggu pun tak cukup. *ek?*


Malas dah nak merapu mengalahkan Mak Cik Joyah so , mari kita kembali kepada tajuk asal yang sememangnya menjadi tajuk hangat kepada anak muda mudi. cewwwwaaaah! ehuks! Semalam hang out bersama dengan #TeamOneDay tetapi tak cukup 1 ahli yakni Najihah sebab dia kena balik kampung pagi semalam. sob sob sob. Jadinya kitaorang teruskan plan je la sebab bukannya kitaorang boleh keluar selalu dengan busy nak belajar masak , busy nak jadi babbysitter , busy nak qada tidur , busy nak meng-onlinekan diri 24/7 , busy nak jadi burung hantu . *banyaknya!* Sebelum keluar tu memang plan nak tengok wayang tapi bila tengok balik , semua cerita macam tak best. so , kitaorang cadang terjah je la ! mana mana cerita ! kuangkuangkuang.

Lepas subuh duk menung lagi nak pakai baju apa sambil tunggu Wan Nyah masak sarapan pagi walhal tak mandi lagi! ceh! lepastu , dok tercongok depan dapur cehwaaaah! Pukul 8.30 still tercongok cengek lagi nak pakai baju apa . lepastu rembat je la mana mana baju. gosok , makan . Pukul 9.30 dah tunggu bas *tak tunggu bas sebenarnya sebab bas datang awal bangat* ehuks! memang rezeki la pakcik rapid datang awal semalam. lepastu naik LRT pergi BTR tunggu budak budak tu. gerak sekali sebab senang.

Pukul 11 dah selamat sampai ts. duk terjah GSC dulu. kitaorang tengok cerita Lagenda budak setan wuuuuuuu~ Best! tapi wayang start pukul 12.15 jadinya kitaorang pi la window shopping dulu lepastu perut masing masing duk buat lagu apa kono ejang . stop dekat auntie anne. makan wuuuu~ tengah syok syok makan tengok dah pukul 12 dah. Kitaorang pun terus tunggu dekat depan gsc tu. ceh! lama kitaorang tunggu sampai kitaorang boleh masuk. lepastu jumpa kak Eyjay , Kak Adhlina dengan kawan dia dekat luar masa tunggu , lepastu jumpa lagi dekat dalam wayang. cehhh. balik memang terus bahan Kak Eyjay menangis masa tengok LBS tu. kahkahkah!

Then kitaorang pi solat dekat tingkat 8. Turun balik main bowling. tapi aku dengan ummu je main . yang lain tak nak main! best weh main! walaupun asyik masuk longkang. first time main bowling tu. Ummu menang game tu. Sob sob. tapi takpa asalkan  best  ! ehuks! lepastu kitaorang *ummu , aku dengan fat je sebenarnya* dok shopping . Aimuni and najwa tak beli apa apa pun. Tapi best la dapat apa yang nak !

with Fat dekat tempat bowling.

Kami sahaja yang main. sob sob. *pencahayaan tak cukup*

#teamOneDay tak cukup seorang. masa dah beli tiket wayang.

Ummu dengan bola bowling warna pink. gambar tak clear sebab memang tak cukup pencahayaan! grrr~

Ummu with Aimuni dekat auntie Anne.

Muka orang tak main bowling memang cengginih. asyik tangkap gambar jeeeee.

Aimuni and najwa khusyuk tengok aku main bowling uuuuu~ ehuks!


Masih terasa penat wuuuu~
Querido ,
Shah. 

Thursday 22 November 2012

Nur Haslin Said (:



Assalamualaikum.

So so , dah lama tak bersua muka , bertumbuk tampar dengan blog bahana sibuk dengan kenduri kendara orang nak bina masjid. Luls. Time Aku bila? *buat muka comel* kahkahkah. Jadinya pada pagi khamis ni cuba nak membuang masa dengan update blog dengan ayat ayat merapu mintak kaki tahap petala ke-3. ekekeke. Stop it la woi.

Okeey okeey. Kita kembali kepada agenda kita tadi yakni membincangkan orang yang paling dikehendaki di twitter iaitu : NUR HASLIN SAID. kehkehkeh. Dia mintak saya buat post pasal dia. Motif? tak tahu la. Mungkin ghindu dekat junior junior dia yang comel la kot. *gelak jahat*



Meet Nur Haslin Said yang omeyy :3

Aku panggil dia Kak Alin sebab semua orang panggil dia cenggituh. Dia ni dulu senior paling gengster dekat sekolah kau ta-hu? Ish Ish. Gua kenal dia masa tu Form 1. *masa tu gua muda mudi masih tidak tahu apa itu duckface. kahkahkah* Babak perkenalan kami sangatla tidak romantik . kahkahkah, Hal itu biar kami sahaja yang ta-hu kerana biarlah rahsia.

Berpandukan gambar di atas korang boleh nampakkan yang dia ni bukan melayu tulen? ceshhh. Dia ni ada mix chinese tak silap. Tu sebabnya dia ni putih melepak *jealous nih* and mata sepet dia yang sangat comel tu. Wakakaka. Dia ni kadang kadang jadi rakan aku bergossip. kehkehkeh. ish ish. Aku perasankan dia sejak duduk dekat poli asyik suka menternak lemak je. Tapi nasib baik tak menjejaskan kecomelan tu. :p Lepastukan dia ni ada ramai yang crush-kan dia. Tak percaya? pergi stalk Twitter dia. Link ada di atas. Haha. Soooooo , Kaka Alin Yang omeey kita dah buat Post untuk Kak Alin ! (:


Aku tahu korang tak puas tengok satu gambar sebab dia ni omeey . Nah , gambar dia lagi setempek !

Querido ,
Shah .

Sunday 4 November 2012

Ask.fm

Assalamualaikum. 

*ehem* Semalamkan kan kan kan , *kau pehal Shah ayat mintak penampar dengan readers je* ada orang baca blog aku. HuaHuaHua. Siap terharu segala bagai sebab aku cerita pasal dia. HaHa. *mata juling keatas* Terima kasih la ye Aiman sebab sanggup baca blog haku. HaHa. 

So , so TL semalam penuh dengan ask.fm bahana semua dok layan soalan soalan cepumas lagi bernas daripada tukang tanya. Walaupun ramai yang bising kenapa diaorang punya TL di-semak-kan oleh soalan soalan ask.fm orang lain. Ada haku kisah ? *parody 5 days MC* Sebenarnya Ask.fm ni best la jugak. Macam macam soalan diaorang kemukan sampai kau yang rasa nak tanya diaorang sambil parang dekat tangan. HaHa. Kalau crush korang ada ask.fm lagi best ! kau tanya la dia macam macam sampai dia nak pergi asah parang sebab geram sangat tapi dia bukan tahu pun kita yang tanya ! Haha. Kalau kau nak sign up untuk ask.fm ni pun senang je. Korang boleh pilih sama ada nak sign up guna facebook , twitter , Vk.com*ni aku tak tahu apa* ataupun sign up macam biasa. 



Kalau dah sign up dia ada keluar satu form yang memerlukan korang isi email korang and seperti biasa soalan ' are you a robot ' tu . Just isi mana yang patut. Suka hati korang. Then , korang dah boleh start jawab soalan yang diaorang kemukan. 



Ini bahagian soalan soalan yang diaorang akan tanya . So , kalau ada siapa siapa tanya dia akan keluar warna merah dekat tanda ' ? ' yang dekat bahagian atas tu. Kalau korang bosan tade orang nak tanya soalan , korang boleh tonyoh button ' Get a random question ' . Nanti dia akan keluar soalan soalan yang korang rasa nak hempuk kepala. HaHa. 



Ini bahagian setting. Ini untuk setting korang punya design , profile , privacy , services dan widget. Kalau korang nak tukar background korang pergi dekat design lepastu scroll bawah sikit carik upload your background. Pandai pandai korang la ye design !



Tadaaa ! ini la profile haku. haha. So , kalau korang nak tanya pergi dekat scroll box tu ehh. Insya Allah haku jawab. Kalau soalan merapu sangat haku carik siapa yang tanya. HaHa. Haku pun ada printscreen soalan soalan yang diaorang tanya . Sila scroll ke bawah ye !





Itu je soalan yang aku printscreen sebab tak sanggup nak bagi korang baca. HaHa. Aku tak tahu la kenapa diaorang banyak sangat tanya pasal Aiman , sedangkan aku dengan kedua dua Aiman tu kawan je. Luls. Kalau haku tahu siapa yang tanya ni memang aku sekeh diaorang depan loji. Luls. 

So , kalau ada apa tinggalkan comment ataupun tanya di http://ask.fm/NurainaSZ . (:

Querido ,
Shah . 

Saturday 3 November 2012

SPM

Assalamualaikum .


Hari isnin dah start SPM. Tengok dekat twitter SPM jadi trending nak dekat seminggu. Tengok betapa lajunya TL dengan wish good luck untuk batch 95's . Tengok betapa banyaknya orang tweet nak belajar pasal sejarah . semua tweet tu memang buat Shah seriau. Motif ? entah ?

Semalam batch 95's dekat sekolah buat program mohon restu daripada cikgu. Kak Nad sampai pergi pusat sumber carik kitaorang nak mintak maaf. Tengok Kak Nad rasa nak menangis. Well , mestila Kak Nad sedihkan ? Last year dia la pun. Last year dia dapat belajar dekat sekolah SMK Cheras yang menyimpan segala 1001 kenangan. Nanti mesti rindu Kak Nad nanti. Dah takda driver tak bergaji yang selalu hantar balik rumah. Takda orang yang buat lawak . Takda orang yang selalu belanja kitaorang walhal tak mintak pun Kak Nad yang kasik. Mesti rindu punya. Diaorang cakap Kak Nad menangis masa mitak maaf dekat #HIAAASS . Nak tengok Kak Nad menangis. Kak Nad tu gangster kau ta-hu ? mana dia nak layan minah leleh bagai. Dia tu selalu happy go lucky yang memang selalu akan buat orang ketawa. Ya Allah , nanti mesti akan rindu Kak Nad sangat sangat.

Lepastu mesti rindu kepala beruang tu *nanti mesti dia marah Shah* ; Aiman . Takda orang yang akan cakap 'Hai Ainatul !' setiap kali bertembung dengan aku nanti. Diala satu satunya yang setia buat benda alah tu. Well , tu la kau Shah masa dia selalu buat marah dia , sekarang siapa yang rindu. wkwkwkwwk ! Takda la nampak si Aiman yang selalu sangat datang lambat pergi sekolah yang selalu kena tahan dekat kolam Miss Khoo tu. *sempat lagi tu* Mesti rindu kan ? *mata juling keatas* keey keey Man , aku akan rindu kau . *mohon dia tak baca*

Last , mesti akan rindu jugak abang and kakak senior yang memang sporting and hebad tu. Ya Allah , belum habis sekolah pun dah rasa rindu diaorang :/ Sedihnya.


Kepada batch 95's semoga berjaya dalam SPM korang dan semoga korang dapat straight A's . Amin. 


P/s : Aiman baca blog hakuu tuuuu. KahKah.
Querido ,
Shah. 

Tuesday 30 October 2012

Kinda .

Assalamualaikum . 
  Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_largeTumblr_mcc0uxmsxr1rs0y34o1_500_large
Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large

Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large

Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large

Tumblr_lodk1cmj081qcrsn7o1_500_508e7a01ddf2b337220002df_large


I just wanna to spill out what I feel but I don't not know what I feel. Just i want to do that. Just that. 


Querido ,
Shah .

Monday 29 October 2012

Random .

Assalamualaikum.


So kali ini nampak tak kekurangan idea nak buat tajuk sebab memang Shah tenggelam kalau bab 'buat ayat' 'bina ayat' . HaHa. Entri kali ini memang Shah akan capur adukkan je semua cerita yang Shah nak cerita dan ingat. Sebab mungkin lepas ni Shah akan sibuk pegang buku untuk ujian kelayakan yang tak begitu lama akan buat temujanji dengan Shah.

#1 . PMR

Balik raya aidilfitri hari tu memang semua tanya : 'Dah ready PMR ?' *ini memang soalan pemes yang jadi trending apabila balik kampung dan sekiranya anda memang calon yang akan ambik ujian besar tahun itu. * Then , apabila balik kampung masa raya aidiladha hari tu soalan yang pemes yang jadi trending : 'Macam mana ? boleh buat ? ' 'Agak - agak dapat berapa A ?' .

Bukan nak cakap diaorang sibuk nak jaga tepi kain orang sedangkan kain dia yang senteng. Tahu la diaorang concern and nak tahu juga apa jangkaan dan perasaan kita sebelum dan selepas PMR tu kan ? tapi just macam setiap kali diaorang tanya tu buat jantung bergerak lebih laju daripada roket. Mungkin apa yang Cikgu Subra cakap jadi dekat diri sendiri : 'Cara kita merdeka mengikut kesungguhan kita' . Memang la . Siapa yang tak berusaha bersungguh sungguh untuk masa depan sendiri ye tak ? semua nak skor dengan cemerlang gemilang terbilang. Cuma perasaan risau dan cuak tu tak akan lari daripada mengacau kita.

Serious talk , memang muka nampak je sejuk tahap antartika punya tahap yang memang beku tanpa riak tapi hati ? Allah je yang tahu betapa risaunya. Takut sangat tak dapat apa yang kita target. Teramat sangat risau. *ni kalau Cikgu Norliza nampak Shah buat ayat macam ni mahu dia piat telinga* Cuma Shah doa semoga satu kelas Shah dapat 9A's . Amin.

Eh , Shah pun nak cerita apa yang berlaku / terjadi sepanjang PMR berlangsung .


  • Sepanjang PMR tu Si Mukhlis asyik cakap : 'Gemuk , good luck'. Shah buat duckface yang nak hentam dia je. Pandai pandai je panggil Shah gemuk. HaHa. Nasib baik dia duduk jauh daripada Shah. *eh , macam berani * :P BTW , Shah satu kelas duduk 1 baris dalam dewan ada beberapa orang je yang kena duduk baris sebelah.
  • Aidil pulak selalu perasan benda benda pelik yang Shah selalu buat. *selalu usha Shah letuw. HaHa* Sedangkan dia duduk sebelah belakang Shah. Dahla dia memang selalu ungkit pasal benda benda pelik yang Shah buat tu. -.-'
  • Masa kelas Shah ambik kertas akhir tu : Paper Bahasa Arab . Semua buat muka toya kena tonyoh. Agak  mencabar kut soalan dia. Dah lah setengah jam sebelum kertas tu habis memang tinggal kitaorang je dalam dewan sebab budak cina rehat. Memang Shah jakun tahap tak boleh blah tengok Cikgu penggawas tu bungkus kertas peperiksaan kitaorang. HaHa . Sumpah kelakar masa ini !
Untuk masa ini hanya sampai sini sahaja yang Shah dapat taipkan . Jumpa lagi key. Eh , Shah ada buat Shawl tutorial kalau nak tekan sila tekan SINI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah , ya tuhanku semoga aku dan kelasku mendapat 9A dan berjaya dengan cemerlang. Ya Rahman Ya Rahim, semoga pemeriksa kami menanda kertas kami dengan adil dan baik. Amin.



Querido , 
Shah.

Sunday 28 October 2012

Raya .


Assalamualaikum .


So , so , so , so , Hari ini ada konsert Big Bang . Siapa yang tak dapat pergi tu meh High five dengan Shah. *padahal tak minat Korea pun* *ehem* Sebelum peminat Big Bang balik durian , kerusi meja , mangkuk ayun dekat Shah lebih baik Shah kembali ke topik asal.


Sebenarnya entri kali ini Shah nak post gambar raya aidilfitri hari itu sebab sekarang la baru Shah and the geng * #TeamOneDay * ada masa nak upload , nak comment , nak like. Semua gambar celok daripada Camera Brothaa Farid * Brothaa Najwa * . Jadinya Shah la tukang uploadnyaaa. So enjoy the 'gambarsssss'.


Nana , Ummu  , Najiha.
Cc background : motor Razin rasanya.

Aiman and Nana. *ehem * macam ada apa apa je. :P
Najihah , Nana *bajet omeey :P* , Ummu and Najewaa.

Aiman ; ketua tingkatan yang kerek dalam masa yang sama masih bertanggungjawab.
Motif dia posing cengginih tak tahu la. Sebab tak ikut masa ini. xD




Me with Aliff. *kenapakah mukaku sebegitu ? *
Ini masa pergi beraya rumah Cikgu Latipah. 
Najewa and Aimuni. 

Aimuni with Haiqal Harun .

Razin. Motif gambar ini dimasukkan kerana gambar Haiqal ada dekat atas ,
gambar dia pun kena sebab diaorangkan #RempitBeriman. Haha. -.-'

 Aimuni , Afiqah , Ain A , Fathinah.
 Salasiah , Raja , Najewaa , Aliff , Ummu , Fathinah , Ain Z , Me , Haniff , Afiqah dan Ain A.

 Gambar ini still sama cuma tambah Aiman je sebelah Ain A. Pasangan 'couple' sehati sejiwa memikul tanggungjawab selama dua tahun.

 *still sama*



Geng Pink dengan Geng Hijau.
Firdaus dan Haniff. Mukhlis dan Raja.
With pasangan sedondon *tangan di bahu , mata keatas* : Azim.

Haaaaaiii , Saya pemenang Baju Tercantik . :P
*baju saya ikut tema cat sekolah. hahaha ! *gurau*


With Syafiqah. *kembar  nama Shah. Kami tahu kami comel. :P

Sekian gambar daripada Shah. ada banyak lagi tapi malas nak upload. HeHe.
Ya Allah , semoga persahabatan yang terbina selama tiga tahun ini kekal sehingga ke akhirat. Amin.

Querido , 
Shah.