Thursday 6 December 2012

Hang out with #TeamOneday.

Assalamualaikum .


Apa khabar sekalian pembaca setia yang sanggup datang walaupun dah bersarang tahap petala ke berapa tah blog ni. Almaklumlah , takda masa woi! *takada masa la sangat sedangkan 16/7 bersama dengan twitter.* kuangkuang. Sebenarnya banyak je benda boleh update sebabnya haritu pi bukit beroga . memang banyak benda la nak taip sampaikan dua hari 3 minggu pun tak cukup. *ek?*


Malas dah nak merapu mengalahkan Mak Cik Joyah so , mari kita kembali kepada tajuk asal yang sememangnya menjadi tajuk hangat kepada anak muda mudi. cewwwwaaaah! ehuks! Semalam hang out bersama dengan #TeamOneDay tetapi tak cukup 1 ahli yakni Najihah sebab dia kena balik kampung pagi semalam. sob sob sob. Jadinya kitaorang teruskan plan je la sebab bukannya kitaorang boleh keluar selalu dengan busy nak belajar masak , busy nak jadi babbysitter , busy nak qada tidur , busy nak meng-onlinekan diri 24/7 , busy nak jadi burung hantu . *banyaknya!* Sebelum keluar tu memang plan nak tengok wayang tapi bila tengok balik , semua cerita macam tak best. so , kitaorang cadang terjah je la ! mana mana cerita ! kuangkuangkuang.

Lepas subuh duk menung lagi nak pakai baju apa sambil tunggu Wan Nyah masak sarapan pagi walhal tak mandi lagi! ceh! lepastu , dok tercongok depan dapur cehwaaaah! Pukul 8.30 still tercongok cengek lagi nak pakai baju apa . lepastu rembat je la mana mana baju. gosok , makan . Pukul 9.30 dah tunggu bas *tak tunggu bas sebenarnya sebab bas datang awal bangat* ehuks! memang rezeki la pakcik rapid datang awal semalam. lepastu naik LRT pergi BTR tunggu budak budak tu. gerak sekali sebab senang.

Pukul 11 dah selamat sampai ts. duk terjah GSC dulu. kitaorang tengok cerita Lagenda budak setan wuuuuuuu~ Best! tapi wayang start pukul 12.15 jadinya kitaorang pi la window shopping dulu lepastu perut masing masing duk buat lagu apa kono ejang . stop dekat auntie anne. makan wuuuu~ tengah syok syok makan tengok dah pukul 12 dah. Kitaorang pun terus tunggu dekat depan gsc tu. ceh! lama kitaorang tunggu sampai kitaorang boleh masuk. lepastu jumpa kak Eyjay , Kak Adhlina dengan kawan dia dekat luar masa tunggu , lepastu jumpa lagi dekat dalam wayang. cehhh. balik memang terus bahan Kak Eyjay menangis masa tengok LBS tu. kahkahkah!

Then kitaorang pi solat dekat tingkat 8. Turun balik main bowling. tapi aku dengan ummu je main . yang lain tak nak main! best weh main! walaupun asyik masuk longkang. first time main bowling tu. Ummu menang game tu. Sob sob. tapi takpa asalkan  best  ! ehuks! lepastu kitaorang *ummu , aku dengan fat je sebenarnya* dok shopping . Aimuni and najwa tak beli apa apa pun. Tapi best la dapat apa yang nak !

with Fat dekat tempat bowling.

Kami sahaja yang main. sob sob. *pencahayaan tak cukup*

#teamOneDay tak cukup seorang. masa dah beli tiket wayang.

Ummu dengan bola bowling warna pink. gambar tak clear sebab memang tak cukup pencahayaan! grrr~

Ummu with Aimuni dekat auntie Anne.

Muka orang tak main bowling memang cengginih. asyik tangkap gambar jeeeee.

Aimuni and najwa khusyuk tengok aku main bowling uuuuu~ ehuks!


Masih terasa penat wuuuu~
Querido ,
Shah. 

0 Comment :