Thursday, 6 December 2012

Serious Talk

Assalamualaikum. 

Tajuk kali mungkin agak sarkastik *ye ye o je* tapi memang nak bincang pasal ni. 



BOYFRIEND / SPECIAL BOYFRIEND / PAKWE . 


So , dah hampir 12 bulan hidup menye-ingle after break dengan orang terakhir tu. Well , happy je hidup menye-ingle ni. Tak payah nak fikir pasal orang lain , tak payah rasa serba salah apabila cakap dengan lelaki lain , rapat dengan lelaki lain . Serious talk memang happy la. 

Tapi bila scroll TL tengok budak budak couple ni ber-sweet miut dekat TL timbul jugak rasa jealous. Kadang kadang. huh. Tengok lelaki duk pujuk perempuan tu. tengok betapa setianya perempuan / lelaki tu pada kekasih. tengok tweet diaorang . tengok kekasih bagi hadiah. tengok crush kawan kawan balas cinta diaorang. Dulu memang la pernah rasa , tapi kalau syaitan tu dah bisik memang macam ni la gaya dia. duk jealous pada benda tak betul. heh. 

Tipu la kalau cakap dalam setahun ni tak pernah ter-jatuh cinta. memang tipu. tapi memang cuba nak nafikan sebab tak nak serabutkan kepala yang memang dah serabut dengan hal yang tak sepatutnya. Tambah tambah lagi tengok orang sekeliling serabut dengan hal kasih sayang , cinta. memang gerun. 

 Dan ini , buat patah hati dulu sbb ini. Tak semestinya orang yang kita sayang akan sedar yang kita sayang dia. tengok ex kita dah move on dengan orang lain kadang kadang timbul rasa sakit hati sebab ada perempuan lain boleh bahagiakan dia. tapi kira okeey la. sebab kita tahu kenapa kita jadi ex dia.


Ini pun mungkin sebab kenapa tak nak berteman . lebih suka buku daripada orang. Lebih suka baca novel yang kadang kadang tak sedar realiti yang terbentang. Mungkin. Mungkin nak lari daripada masalah. dan segala kemungkinan itu mungkin. 


 Kalau diri sendiri pun tak ter-sayang , macam mana nak sayangkan orang lainkan ? dan definisi SAYANGKAN DIRI tu memang kena fikir daripada banyak segi. Sayang diri supaya tak melakukan perkara yang tak menyakitkan diri sendiri contahnya couple?


Memang tak berjumpa lagi apa yang dicari . macam mana nak jumpa apa yang dicari sedangkan tak tahu apa yang dicari. diri sendiri keliru . Apa sebenarnya dikehendaki. Apa sebenarnya yang boleh puaskan hati kita.

352ce0583c0e11e2bbe622000a9f1270_7_large

Memang sakit tengok ex dah move on. Tapi kalau dia dah bahagia biarkan je la dia.

Tumblr_m0difqxzcs1qaobbko1_500_large
Tumblr_mdjg4mkkt51r5hqo8o1_500_large

True love.

Loolllllll

Serious talk , i want my story end like this.

“If Allah knows any good in your hearts, he will give you something better…”
[Surah Anfal, 8:70]

Sememangnya perasaan cemburu tetap ada tapi kuatkan hati supaya iman tak goyah , tak tumbang pada hasutan Iblis . Saya tahu saya bukan manusia baik pada masa silam saya , tapi saya masih cuba perbaiki diri saya ke arah redha Allah , ke jalan Allah. Saya masih belajar. Saya masih mencari. Saya masih bertatih. Iman saya masih goyah.

Saya bukan rindu untuk 'ber'couple' semula tapi entahlah. Saya nak lelaki yang akan sedia menjadi suami saya. Yang bukan menjadi saya hanya sebagai stok untuk dibuat sebagai makwe dan bukan untuk isteri. Yang bukan sahaja menyintai saya tetapi menyintai pencintaNYA. Yang akan membimbing saya ke jalan yang benar. Yang akan mengajak ke kebaikan. yang akan mengimamkan solat saya. Menjadi bapa yang baik kepada anak anak saya. Dan untuk mendapat lelaki itu , saya tidak perlu la mencari kerana sekiranya jodoh saya kepada dia tetapla kepada dia. 

Maaf sekiranya saya ada menaip yang salah. 
Querido ,
Shah.

0 Comment :