Monday 10 December 2012

Sedih.

Assalamualaikum. 

Masuk hari dah masuk cuti ke berapa pun tak ingat . sampai kadang kadang kena tengok kalendar hari ini hari apa. Sebab memang tak ambik pusing dah hal sekeliling masa cuti ni. Then dekat TL riuh pasal KEPUTUSAN PMR. memang rasa nak tarik rambut bila fikirkan KEPUTUSAN PMR. siapa tak cuak woi! Siapa yang taknak dapat straight A's ? Siapa tak nak bagi mak ayah bangga kan? cuma kadang kadang rasa risau , cuak , seriau tu datang walhal kita tengah tawakkal and yakin kan diri yang kita InsyaAllah dapat staright A's. Kadang kadang rasa takut nak harap tinggi sebab takut kecewa dengan keputusan takut usaha yang memang korbankan tak terbalas. Tulah kan. Tak reti bersyukur. Heh. Apa apa pun sekarang ni memang tawakkal and doa jela. Doakan eh Shah dapat Straight A's ! 

Kembali kepada tajuk kita hari ini. Sedih. heh. tak tahu la sebab apa. Macam buat movie marathon cerita sedih pulak hari ni. Lol. Barbie pun kira sedih ke? heh. Mood merawang dah muncul macam ni ah jawabnya. Cerita barbie pun boleh tangkap leleh. Lol. Tapi memang rasa nak ambik tisu sambil layan cerita hari ni. sedangkan cerita tu tak da la sedih sangat. lepastu layan novel. memang menjadi jadi la. lagi lagi hari ni sampai part sedih. dan dan ........(sambung sendiri tak melebihi 15 patah perkataan) Lepastu on Lappy , dengar lagu . sumbat je semua lagu yang ambik dari Kak Dik and lagu Kak Dik lagi menyedihkan aku ada la~ wuuuu~

Scroll TL , tengok tweet sweet couple . lagi menambahkan kesedihan aku. Tah apa tah. Couple je la pun. eiii~ Bagi mengubat hati yang lara *ayat tak nak kalah* pergi la kacau orang dekat ask.fm . dan aktiviti itu sangat la tidak membantu malah menambahkan lagi sakit hati kerana dia tak balas. Eh , bukan dia tak online , dia online tapi dia tak balas soalan aku. tapi soalan yang merapu tahap dewa dia balas pulak. Memang nyanyi lagu patah seribu la kan lepastu.

Konklusinya , saya tak nak kacau orang dah. lol. harapan tinggal harapan la jawabnya.

Querido ,
Shah.

0 Comment :