Saturday 16 February 2013

Regret.

Assalamualaikum.

Nafas dilepaskan perlahan-lahan. Serabut dikepala bagai tiada penghujung. Mata masih ditala menghadap televisyen yang setia bercakap tapi fikiran melayang pada kejadian seminggu lepas. Menyesal. Ya perkataan itu. Hati menafikan sekeras-kerasnya. Heh. Kau nak lari daripada kenyataan ke Shah?

Kejadian minggu lepas masih bermain dalam fikiran. Bagaimana dia rasa suasana baru, rakan baru dan hidup baru. Bagaiman dia hidup atas kaki sendiri. Bagaiman dia menjadi sangat pendiam. Tapi itu memang diri dia sebenar. Lebih banyak diamkan diri. Semua itu.

Apabila dia dapat hidup seperti biasa di tempat yang sama dia rasa janggal. Pelik. Sedangkan benda sama yang dia lalui 3 tahun sebelum ini. Terasa seperti dekat tempat baru, tempat yang belum dijejakinya. Semua semangat dia hilang. Hilang secara total. Bukan orang disekeliling memarahinya tapi segala benda terasa janggal untuk dirinya.

Apabila dekat sekolah dia rasa seperti ada tembok tinggi yang menghalang dia berkelakuan seperti dulu. Dengan kawan kawan seperti tidak mengenali. Itu bukan tempat baru baginya. 3 tahun sekolah itu menjadi saksi jatuh bangun dirinya. 3 tahun kawan kawan dia melihat dia membesar bersama sama menangis ketawa.  Tapi... Entahlah. Segala menjadi serba salah dimatanya. Segala benda dan keputusan yang dia buat tahun ini bagaikan sangat luar alam sehingga tak dapat nak cope dengan keadaan sekeliling.

Tangan dibawa ke muka. Salah ke Ya Allah keputusan yang aku ambik ini? Walaupun sudah seminggu berlalu semangat dia masih tak pulih. Dia hanya ketawa apabila meihat orang di sekelilingnya ketawa. Perasaannya kosong. Hanya segaris senyuman plastik ditampal dimuka supaya orang sekeliling tidak perasan.

Dia rasa nak patah balik dan bercerita segala-galanya pada Qilah. Sahabat baiknya di sana. Bukan dia tak kesian dekat orang sekeliling yang telah banyak berkorban. Tapi ketika itu dia hanya fikir untuk diri sendiri. Nak menyesal tak boleh dah Shah. heh. kau buat kau tanggung la. You deserve it.

Setiap doanya tak lepas memohon terbaik untuknya. Kerana dia tahu, dia sedar, dia tidak pandai membuat pilihan. Dia tidak tahu arah tujunya. Dia hanya berpegang 'follow the flow'. Sampai bila Shah kau nak macam ni? Sampai bila? Kepala digeleng perlahan. Dia tidak mempunyai jawaban untuk soalan itu. Sungguh dia tak tahu.



Querido,
Shah.