Friday 31 August 2012

Re-post PMR OH PMR !

Assalamualaikum.

I re-post this entry again. KehKehKeh. I don't know actually why I can't leave my lovely *pengarang jantung hati jiwa* blog. Before I write more longer , longer , and longer I want to say that my ENGLISH is no so good. *is broken english* In trial I only got 68 for english. *geleng kepala* Just now , I read Sis Sya blog and make like feel .... erghh. I don't know how to write what I feel and think. cett. But I'm very very very impressed with her english. I want to be like her. How came others people english is so so so good and I always spoke broken english and make my English teacher remember my name because of that. *HuaHuaHua* When I read Sis Sya blog, my Umi is beside me to became the Translator. Hehe. Although she is busy complete her assignment Umi will never tired answer all my english questions.

Before i read Sis Sya blog , i read Najwa blog. Like me , she also wrote about the trial. *hehe* She wrote about me. Hihi. It so sweet. Auw. She got number First in the class and I'm the second. I also had screen capture what she had wrote.

Cc : Nurul Najwa blog's

Bahasa Malaysia Part

Pada entry ini dipost ialah pada 3 / 9 / 2012.Bermaksud lagi beberapa hari je PMR a.k.a Pelajar Mulai Resah akan muncul. Dengan itu Shah akan stop berblogging buat sementara waktu . InsyaAllah. Shah nak dapat 9A's dalam PMR. Trial baru - baru ni Shah dapat 5A 4B. Alhamdulilah. Sebab memang Shah tak baca buku pun masa trial tuu. *geleng kepala* Memang Shah tak tahu kenapa mood Baca Buku tak muncul - muncul. Tapi memang bersyukur sangat la dengan result tu. Cuma kena tingkatkan banyak - banyak supaya cita - cita Shah tercapai. InsyaAllah. Korang pun doakan Shah eh supaya Shah straight A's. Sekian terima kasih.



P/s : Selamat Menyambut Merdeka Raya.

Heartfelt ,
Shah.

Wednesday 22 August 2012

Come Again ?


Assalamualaikum. (:

Nafas dihembus perlahan. Buku Rooftop Rant hasil karya Hlovate diletak di meja disebelahnya. Buku itu berjaya dikhatamkan pada hari raya yang keempat. Kepala masih mencerna plot cerita yang baru dihabisnya. Memang setiap kali habis baca buku Hlovate wajib buat sesi 'kaunseling bersama diri anda' atau 'berperang dengan hati , jiwa dan perasaan anda' ? Sengih tawar ditarik. Entah. Macam dah jadi kebiasaan setiap kali habis meng-khatamkan buku Hlovate dia akan buat sebegitu. Setiap cerita yang ditulis oleh Hlovate seperti bayangan dirinya sendiri. Mungkin ?

Sememangnya dia bukannya Skater dan pemuzik tetapi kisah dan jalan cerita sememangnya berkaitan dengan budak yang hidup di Kuala lumpur seperti dirinya sendiri. Kisah silamnya mungkin lagi teruk. Dan dia sangat bersyukur mendapat classmate yang tak pernah mengungkit atau memulaukannya padahal mereka tahu up and down kisah silamnya. Alhamdulilah. Mata dipenjam menghilangkan kenangan yang dia sendiri tidak mahu ingat. Kalau dia robot mahu sahaja dia delete semua kenangan itu.

Buku biru muda menyapa matanya. Pelangi. tanpa sedar menyebut tajuk buku tersebut. Heh. cerita pasal Ked-Flop yang buat dia pusing 200 darjah. Ked-flopp buat dia sedar di mana dia letak maruah dirinya , mana letak kehormatan dirinya. Dan disebabkan itu dia mengubah dirinya. Kalau diri ini sebegitu murah tak mustahil lelaki hanya mahu menjadikanya sebagai 'Special GirlFriend' dan bukannya 'Isteri'. Dan Alhamdulilah perubahan itu masih cuba diperbaiki sehingga ke hari ini.




Heartfelt,
Shah.



Random.

Assalamualaikum. (:

Rooftap Rant-Hlovate. Bertahun buku biru tu menyapa matanya tapi tak terdetik untuk membaca buku itu kerana masa dan tempat tidak mengizinkan. Lagi pula , orang di rumahnya berkata bahawa buku itu tidak menarik. Heh. Dia memang streototaip. Dan masa cuti ni memang dia geledah almari buku ayong bahana nak cari buku Gurindam Jiwa bak kata Didi lebih tangkap leleh daripada Contengan Jalanan tapi dia hanya dapat Rooftap Rant sahaja. Ayong cakap dia tak beli buku Gurindam Jiwa tu. Heh , habis tu apa yang dia nampak sebelum ni ?

Dan pada hari raya ni cuba menghabiskan buku Rooftap Rant. tapi pada waktu ketika dia menulis post ini , dia hanya baru habis separuh daripada buku tu. Memang benar , Khairul Batrisya dan Jade tu merupakan separuh daripada dirinya sendiri. Bayangan diri mungkin ? Bahagian ibu bapa tu memang dia tak boleh masuk cabin yang sama tapi perjalanan hidup dia dengan Trisy dan Jade lebih kurang sama je.

Untuk berubah menjadi 'baik' yang memang ikut definisi 'baik' mengikut Islam memang payah. Tapi Allah akan berada disisi hambaNya. Tolong HambaNya. Tak kira waktu , tempat dan keadaan. Dia tengah berubah ke arah itu. Tudung yang dulu singkat di labuhkan sedikit. Baju yang dulu ketat kini dilonggarkan. Solat yang dulu aci selam tak timbul kini cuba disempurnakan cukup lima kali sehari. Heh. 'Sakit' meninggalkan benda yang dah menjadi darah daging memang terasa. Untuk kebaikan jugak la kan dia tinggalkan benda tu semua. It nothing at all. Contoh terbaik untuk dia jadi 'baik' ialah Sis Syeera Radzi . Tapi memberi dia semangat dari segi mental : Khairul Batrisya , Minn Eddina. Heh. Al Quran menjadi pegangan. (:

Sekarang , dia tengah mencari kembali diri sendiri yang hilang. Ke mana hilang dia tidak tahu. Dia sememangnya bukan jenis yang gelak kuat-kuat , ataupun ala ikan keli naik ke darat. Dia bukan sebegitu. Tapi kenapa dia berubah menjadi sebegitu. Sungguh dia tak tahu. Dia bukan jenis yang bercakap macam bertih jagung. Tapi sekarang ? Dia rasa dia tengah 'pretend to be another person'. Dia memang hilang dirinya sendiri. ataupun dia tengah benteng setinggi tembok China dekat hatinya supaya tidak siapa yang berjaya melaluinya ataupun merobohkannya ? Sungguh dia tak tahu lagi. Dirinya sendiri pun dia tak tahu. Heh. Itu sebabnya kekadang diri sendiri tak mampu menghalang segala gelora ombak rindu ribu taufan yang melanda dalam fikiran dan hati ? Heh. memang la dia tengah buat gaya bercakap dengan diri sendiri.

Thanks you to the wonderful people who picked up my pieces and glued it back together with tender-loving-care , patience and unconditional love.
HeartFelt ,
Shah.

Sunday 19 August 2012

Raya 2012

Assalamualaikum. (:

Pada 1 syawal ni baru terasa nak update sebab sebab sebab hentah la. memang terasa nak update nak buat macam mana la kan ? Sebelum tu korang nampak blog haku ni dah berubah sikit. *sikit ke ?* angkat kening ala Zaina Zain. Saja - saja je aku tukar selera supaya kalau korang datang sini tak ada la korang baling tembikai , durian , penyakut baju and segala benda yang boleh cacatkan Lappy korang . Kang korang pergi kedai computer canang nama aku pulak kang, tak pasal pasal popular tak bertempat. *rasa nak lempang diri sendiri sebab makan banyak sangat rendang sehingga merepek tahap tak hingat.* 

Tahun ni memang aku raya dekat KeyEl. negeri tercintaku. Macam tak biasa raya dekat KeyEl pulak kan ? Masa kecik - kecik dulu aku pernah tanya mak aku kenapa la kitaorang ni tak ada kampung dekat luar KL. semua orang asal raya je sibuk canang satu kawasan yang dia nak balik kampung. Mak haku wat lek je jawab : Cuba bayangkan kalau umi atau bapak ada kampung dekat luar Kuala lumpur ni , kena travel jauh- jauh , kena plan awal - awal. Tak ke susah? 

Ada la kutt haku rasa macam nak lempang diri sendiri , kenapala aku tak terfikir canggituh eh ? yang aku fikir dusun , sawah padi , main kejar - kejar dengan sedara , mandi sungai , and boleh buat budak gembira tahap tak hingat. Cuba bayangkan setiap kali nak raya mesti kena baling pinggan periuk senduk garfu jadi kassim selamat baru boleh declare nak balik kampung mana . *hiperbola sungguh* 

Tapi kalau raya dekat mana-mana pun best la. Dekat mana-mana pun boleh rasa semangat raya tu kan ? tak semestinya raya dekat kampung yang betul -betul kampuang. Aku lagi kesian ta-hu mak aku kerja petang raya pertama. 


P/s : Siapa yang tak ada kampung macam haku tu nanti cari pasangan yang ada kampung , tak ada la korang asyik update "raya dekat KL lagi'.
PP/s : Selamat Hari Raya ! Maaf Eh kalau ada hasil taip aku ni mengguriskan hati korang. Jangan makan banyak banyak sangat. Ingatla orang tersayang . (:

HeartFelt,
Shah.