Wednesday 22 August 2012

Come Again ?


Assalamualaikum. (:

Nafas dihembus perlahan. Buku Rooftop Rant hasil karya Hlovate diletak di meja disebelahnya. Buku itu berjaya dikhatamkan pada hari raya yang keempat. Kepala masih mencerna plot cerita yang baru dihabisnya. Memang setiap kali habis baca buku Hlovate wajib buat sesi 'kaunseling bersama diri anda' atau 'berperang dengan hati , jiwa dan perasaan anda' ? Sengih tawar ditarik. Entah. Macam dah jadi kebiasaan setiap kali habis meng-khatamkan buku Hlovate dia akan buat sebegitu. Setiap cerita yang ditulis oleh Hlovate seperti bayangan dirinya sendiri. Mungkin ?

Sememangnya dia bukannya Skater dan pemuzik tetapi kisah dan jalan cerita sememangnya berkaitan dengan budak yang hidup di Kuala lumpur seperti dirinya sendiri. Kisah silamnya mungkin lagi teruk. Dan dia sangat bersyukur mendapat classmate yang tak pernah mengungkit atau memulaukannya padahal mereka tahu up and down kisah silamnya. Alhamdulilah. Mata dipenjam menghilangkan kenangan yang dia sendiri tidak mahu ingat. Kalau dia robot mahu sahaja dia delete semua kenangan itu.

Buku biru muda menyapa matanya. Pelangi. tanpa sedar menyebut tajuk buku tersebut. Heh. cerita pasal Ked-Flop yang buat dia pusing 200 darjah. Ked-flopp buat dia sedar di mana dia letak maruah dirinya , mana letak kehormatan dirinya. Dan disebabkan itu dia mengubah dirinya. Kalau diri ini sebegitu murah tak mustahil lelaki hanya mahu menjadikanya sebagai 'Special GirlFriend' dan bukannya 'Isteri'. Dan Alhamdulilah perubahan itu masih cuba diperbaiki sehingga ke hari ini.




Heartfelt,
Shah.



0 Comment :