Wednesday 22 August 2012

Random.

Assalamualaikum. (:

Rooftap Rant-Hlovate. Bertahun buku biru tu menyapa matanya tapi tak terdetik untuk membaca buku itu kerana masa dan tempat tidak mengizinkan. Lagi pula , orang di rumahnya berkata bahawa buku itu tidak menarik. Heh. Dia memang streototaip. Dan masa cuti ni memang dia geledah almari buku ayong bahana nak cari buku Gurindam Jiwa bak kata Didi lebih tangkap leleh daripada Contengan Jalanan tapi dia hanya dapat Rooftap Rant sahaja. Ayong cakap dia tak beli buku Gurindam Jiwa tu. Heh , habis tu apa yang dia nampak sebelum ni ?

Dan pada hari raya ni cuba menghabiskan buku Rooftap Rant. tapi pada waktu ketika dia menulis post ini , dia hanya baru habis separuh daripada buku tu. Memang benar , Khairul Batrisya dan Jade tu merupakan separuh daripada dirinya sendiri. Bayangan diri mungkin ? Bahagian ibu bapa tu memang dia tak boleh masuk cabin yang sama tapi perjalanan hidup dia dengan Trisy dan Jade lebih kurang sama je.

Untuk berubah menjadi 'baik' yang memang ikut definisi 'baik' mengikut Islam memang payah. Tapi Allah akan berada disisi hambaNya. Tolong HambaNya. Tak kira waktu , tempat dan keadaan. Dia tengah berubah ke arah itu. Tudung yang dulu singkat di labuhkan sedikit. Baju yang dulu ketat kini dilonggarkan. Solat yang dulu aci selam tak timbul kini cuba disempurnakan cukup lima kali sehari. Heh. 'Sakit' meninggalkan benda yang dah menjadi darah daging memang terasa. Untuk kebaikan jugak la kan dia tinggalkan benda tu semua. It nothing at all. Contoh terbaik untuk dia jadi 'baik' ialah Sis Syeera Radzi . Tapi memberi dia semangat dari segi mental : Khairul Batrisya , Minn Eddina. Heh. Al Quran menjadi pegangan. (:

Sekarang , dia tengah mencari kembali diri sendiri yang hilang. Ke mana hilang dia tidak tahu. Dia sememangnya bukan jenis yang gelak kuat-kuat , ataupun ala ikan keli naik ke darat. Dia bukan sebegitu. Tapi kenapa dia berubah menjadi sebegitu. Sungguh dia tak tahu. Dia bukan jenis yang bercakap macam bertih jagung. Tapi sekarang ? Dia rasa dia tengah 'pretend to be another person'. Dia memang hilang dirinya sendiri. ataupun dia tengah benteng setinggi tembok China dekat hatinya supaya tidak siapa yang berjaya melaluinya ataupun merobohkannya ? Sungguh dia tak tahu lagi. Dirinya sendiri pun dia tak tahu. Heh. Itu sebabnya kekadang diri sendiri tak mampu menghalang segala gelora ombak rindu ribu taufan yang melanda dalam fikiran dan hati ? Heh. memang la dia tengah buat gaya bercakap dengan diri sendiri.

Thanks you to the wonderful people who picked up my pieces and glued it back together with tender-loving-care , patience and unconditional love.
HeartFelt ,
Shah.

0 Comment :