Bismillah.
‘Along dah tidur?’ mata membaca pesanan ringkas yang baru
dihantar oleh orang yang tinggal di atas.
Haih. Sikit punya dekat pun nak bertext bagai? Tangan masih
juga membalas pesanan ringkas tersebut. Seminit kemudian kedengaran pintu
billiknya diketuk.
“Along?” Aliyah membuka pintu biliknya. Tangannya membawa
teddy bear berwarna purple pemberian seseorang bersama.
“Yo.” Badan yang selesa di pembaringan di dudukkan.
Kelihatan Aliyah duduk bersila di pintu biliknya. Teddy diletak di atas ribanya.
“Kenapa ni Lia?” bukannya tidak tahu, adiknya itu tidak akan
mensia-siakan waktu tidurnya sesuka hati.
“Along, Aliyah rasa macam nak menangis tanpa sebab. Aliyah
rasa nak give up. Aliyah rasa semua benda yang Aliyah buat serba salah.”
Suaranya tersekat-sekat. Ada nada sendu. Matanya kelihatan berair.
Nafas ditarik perlahan. Tepat tekaanya, Aliyah sememang
sebegitu. Segala persoalan dan tanda tanya akan menghimpitnya tatkala malam
menjelma. Luar dalam adiknya telah di hafal. Selama 16 tahun ini semua kisah mereka
kongsi bersama-sama yang tidak akan diceritakan pada sesiapa hatta sebesar
kuman pun.
“Kenapa sekarang ni rasa macam segala benda yang pernah Lia
suka., benda yang Lia tak pernah takut terbalik sekarang? Kenapa long?” air
matanya cuba ditahan berderai jua.
Nuraliyah Binti Shukri ; walaupun kelihatan tabah di siang
hari, siapa tahu apa yang tersirat dalam hati? Siapa yang boleh menipu hakikat?
“Along, kalau Lia tak ada besar tak kesannya pada orang
lain? Masuk syurga ke Lia? Menyusahkan orang lain tak? Sempat tak untuk memohon
ampun untuk kali terakhir?” esak makin kedengaran.
Terasa berhenti detak jantunya mendengar soalan-soalan
Aliyah. Aliyah begitu besarkah deritamu? Bukannya dia tidak tahu Aliyah takut
dengan kenyataan. Dia takut dengan apa yang dia bakal hadapi. Dia takut merasa
benda baru. Seperti dia takut membuka halaman yang mengatakan Abang Shah dan
Chad meninggal dunia. Disebabkan itu dia tidak membaca buku Schubert’s Serenade
dan Contengan Jalanan dua kali. Padahal kedua-dua buku hasil karya penulis
kesukaanya. Ketakutannya makin melampau-lampau semenjak dia menginjak alam
remaja.
“Lia.” Kaki dihayun ke sebelah Aliyah. “Kalau kita sendiri yang
karang kehidupan kita mesti tak ada langsung cerita sedih mesti gembira belaka
je. Tapi hakikatnya bukan begitu, Allah dah tetapkan takdir dan dugaan untuk
hambaNya. Dia ada cerita bahagia
versinya tersendiri Aliyah. Cerita yang telah ditetapkan pasti lagi hebat dari
harapan hambaNya. Dia lebih mengetahui segalanya.” Katanya terhenti seketika
untuk memikirkan kata yang perlu diucapkan. Tangannya perlahan mengusap
perlahan belakang Aliyah untuk meredakan kesedihannya. “Lia, kematian itu
pasti. Allah dah kata dalam quran. Cuma tidak tahu bila dan masanya. Hidup kita
ni terpisah satu garisan je dengan kematian. Doa penguat kita dengan orang
disana. Memang kalau orang yang kita sayang pergi pasti meninggal titik besar
dalam hidup kita. Makin besar umur kita makin terasa kehilangannya. Hidup kita
kerana Allah, Mati kita jua kerana Allah.” Along memberhentikan kata-katanya.
Aliyah juga sudah berhenti menghamburkan kesedihannya.
Querido,
Shah.