Saturday 1 June 2013

Mati.

Bismillah.

‘Along dah tidur?’ mata membaca pesanan ringkas yang baru dihantar oleh orang yang tinggal di atas.

Haih. Sikit punya dekat pun nak bertext bagai? Tangan masih juga membalas pesanan ringkas tersebut. Seminit kemudian kedengaran pintu billiknya diketuk.

“Along?” Aliyah membuka pintu biliknya. Tangannya membawa teddy bear berwarna purple pemberian seseorang bersama.

“Yo.” Badan yang selesa di pembaringan di dudukkan.

Kelihatan Aliyah duduk bersila di pintu biliknya.  Teddy diletak di atas ribanya.

“Kenapa ni Lia?” bukannya tidak tahu, adiknya itu tidak akan mensia-siakan waktu tidurnya sesuka hati.

“Along, Aliyah rasa macam nak menangis tanpa sebab. Aliyah rasa nak give up. Aliyah rasa semua benda yang Aliyah buat serba salah.” Suaranya tersekat-sekat. Ada nada sendu. Matanya kelihatan berair.

Nafas ditarik perlahan. Tepat tekaanya, Aliyah sememang sebegitu. Segala persoalan dan tanda tanya akan menghimpitnya tatkala malam menjelma. Luar dalam adiknya telah di hafal. Selama 16 tahun ini semua kisah mereka kongsi bersama-sama yang tidak akan diceritakan pada sesiapa hatta sebesar kuman pun.

“Kenapa sekarang ni rasa macam segala benda yang pernah Lia suka., benda yang Lia tak pernah takut terbalik sekarang? Kenapa long?” air matanya cuba ditahan berderai jua.

Nuraliyah Binti Shukri ; walaupun kelihatan tabah di siang hari, siapa tahu apa yang tersirat dalam hati? Siapa yang boleh menipu hakikat?

“Along, kalau Lia tak ada besar tak kesannya pada orang lain? Masuk syurga ke Lia? Menyusahkan orang lain tak? Sempat tak untuk memohon ampun untuk kali terakhir?” esak makin kedengaran.

Terasa berhenti detak jantunya mendengar soalan-soalan Aliyah. Aliyah begitu besarkah deritamu? Bukannya dia tidak tahu Aliyah takut dengan kenyataan. Dia takut dengan apa yang dia bakal hadapi. Dia takut merasa benda baru. Seperti dia takut membuka halaman yang mengatakan Abang Shah dan Chad meninggal dunia. Disebabkan itu dia tidak membaca buku Schubert’s Serenade dan Contengan Jalanan dua kali. Padahal kedua-dua buku hasil karya penulis kesukaanya. Ketakutannya makin melampau-lampau semenjak dia menginjak alam remaja.


“Lia.” Kaki dihayun ke sebelah Aliyah. “Kalau kita sendiri yang karang kehidupan kita mesti tak ada langsung cerita sedih mesti gembira belaka je. Tapi hakikatnya bukan begitu, Allah dah tetapkan takdir dan dugaan untuk hambaNya. Dia ada cerita bahagia versinya tersendiri Aliyah. Cerita yang telah ditetapkan pasti lagi hebat dari harapan hambaNya. Dia lebih mengetahui segalanya.” Katanya terhenti seketika untuk memikirkan kata yang perlu diucapkan. Tangannya perlahan mengusap perlahan belakang Aliyah untuk meredakan kesedihannya. “Lia, kematian itu pasti. Allah dah kata dalam quran. Cuma tidak tahu bila dan masanya. Hidup kita ni terpisah satu garisan je dengan kematian. Doa penguat kita dengan orang disana. Memang kalau orang yang kita sayang pergi pasti meninggal titik besar dalam hidup kita. Makin besar umur kita makin terasa kehilangannya. Hidup kita kerana Allah, Mati kita jua kerana Allah.” Along memberhentikan kata-katanya. Aliyah juga sudah berhenti menghamburkan kesedihannya.

Querido,
Shah.

0 Comment :