Monday 29 October 2012

Random .

Assalamualaikum.


So kali ini nampak tak kekurangan idea nak buat tajuk sebab memang Shah tenggelam kalau bab 'buat ayat' 'bina ayat' . HaHa. Entri kali ini memang Shah akan capur adukkan je semua cerita yang Shah nak cerita dan ingat. Sebab mungkin lepas ni Shah akan sibuk pegang buku untuk ujian kelayakan yang tak begitu lama akan buat temujanji dengan Shah.

#1 . PMR

Balik raya aidilfitri hari tu memang semua tanya : 'Dah ready PMR ?' *ini memang soalan pemes yang jadi trending apabila balik kampung dan sekiranya anda memang calon yang akan ambik ujian besar tahun itu. * Then , apabila balik kampung masa raya aidiladha hari tu soalan yang pemes yang jadi trending : 'Macam mana ? boleh buat ? ' 'Agak - agak dapat berapa A ?' .

Bukan nak cakap diaorang sibuk nak jaga tepi kain orang sedangkan kain dia yang senteng. Tahu la diaorang concern and nak tahu juga apa jangkaan dan perasaan kita sebelum dan selepas PMR tu kan ? tapi just macam setiap kali diaorang tanya tu buat jantung bergerak lebih laju daripada roket. Mungkin apa yang Cikgu Subra cakap jadi dekat diri sendiri : 'Cara kita merdeka mengikut kesungguhan kita' . Memang la . Siapa yang tak berusaha bersungguh sungguh untuk masa depan sendiri ye tak ? semua nak skor dengan cemerlang gemilang terbilang. Cuma perasaan risau dan cuak tu tak akan lari daripada mengacau kita.

Serious talk , memang muka nampak je sejuk tahap antartika punya tahap yang memang beku tanpa riak tapi hati ? Allah je yang tahu betapa risaunya. Takut sangat tak dapat apa yang kita target. Teramat sangat risau. *ni kalau Cikgu Norliza nampak Shah buat ayat macam ni mahu dia piat telinga* Cuma Shah doa semoga satu kelas Shah dapat 9A's . Amin.

Eh , Shah pun nak cerita apa yang berlaku / terjadi sepanjang PMR berlangsung .


  • Sepanjang PMR tu Si Mukhlis asyik cakap : 'Gemuk , good luck'. Shah buat duckface yang nak hentam dia je. Pandai pandai je panggil Shah gemuk. HaHa. Nasib baik dia duduk jauh daripada Shah. *eh , macam berani * :P BTW , Shah satu kelas duduk 1 baris dalam dewan ada beberapa orang je yang kena duduk baris sebelah.
  • Aidil pulak selalu perasan benda benda pelik yang Shah selalu buat. *selalu usha Shah letuw. HaHa* Sedangkan dia duduk sebelah belakang Shah. Dahla dia memang selalu ungkit pasal benda benda pelik yang Shah buat tu. -.-'
  • Masa kelas Shah ambik kertas akhir tu : Paper Bahasa Arab . Semua buat muka toya kena tonyoh. Agak  mencabar kut soalan dia. Dah lah setengah jam sebelum kertas tu habis memang tinggal kitaorang je dalam dewan sebab budak cina rehat. Memang Shah jakun tahap tak boleh blah tengok Cikgu penggawas tu bungkus kertas peperiksaan kitaorang. HaHa . Sumpah kelakar masa ini !
Untuk masa ini hanya sampai sini sahaja yang Shah dapat taipkan . Jumpa lagi key. Eh , Shah ada buat Shawl tutorial kalau nak tekan sila tekan SINI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah , ya tuhanku semoga aku dan kelasku mendapat 9A dan berjaya dengan cemerlang. Ya Rahman Ya Rahim, semoga pemeriksa kami menanda kertas kami dengan adil dan baik. Amin.



Querido , 
Shah.

0 Comment :