Saturday 26 January 2013

Last Day.

Assalamualaikum.



So , semalam last day aku dekat sekolah tercinta , terduduk , terdiri , termenangis , tergembira aku sebab aku dah ambik keputusan untuk terima tawaran yang aku dapat kerana sejak awal tahun aku dah bercita-cita nak 'ambik angin' dekat sekolah lain. Walaupun aku tak dapat tawaran sekolah yang aku nak sangat sangat sangat tapi takpa la tak ada rezeki latu. :')

So , kira aku dapat layanan yang sungguh istimewa la semalam ( ini poyo ) Pagi tu, masuk kelas Si Mukhlis and Aliff dah buat muka sedih sambil sambut aku masuk kelas. ( poyo lagi ) Aku buat tarik senyum segaris je la. Mana tak sedih kan , kawan diaorang yang paling comel nak pindah. wkwkwkwkwk. Gila haru ah tengok muka sesorang tayang muka sedih. Terasa diriku sangat dihargai, Cehwahhhh!

Masa rehat pulak ada buat makan makan sikit. Well , dengan budak kelas 3 Ceria 2012 yang sangat oh-sem tu! Sepatutnya majlis ni untuk sambut aku dan Najwa yang akan berpindah . tetapi disebabkan najwa ada perkara mustahak yang tak dapat dielakkan jadi diaorang sambut aku jela. Duk bersnap snap. ( ini wajib ) semua pakat bawak phone. Haaa, itu sebabnya korang tak nampak kitaorang dekat Kantin masa rehat. ngehngehngeh. 

Masa balik pulak jumpa ustaz masa nak turun tangga. dengan tangan pegang sandwich menjerit panggil ustaz. dah la menjerit dari tingkat dua. haru tak haru ah. hahaha. Si aliff dengan fat dah selamat tunggu dekat bawah. aku je yang tinggal dekat atas praktis jadi tarzan dengan ustaz. wkwkwkwkwk. Last last turun jugak sebab dah penat berlatih. Pergi kantin dengan si fat and Aliff. 

Sampai kantin je , dah nampak batang idung si Aidil BUSUK tu.  ( Habis Aku kalau dia baca ) dia duk lepak dengan najihah semua. Tetiba si Aidil ni mintak phone aku, dengan baik hatinya aku bagi la dekat dia. Cehwahh. apa aku kisah. Lepastu lari pi bilik guru dengan aliff , pi jumpa semua cikgu yang ajar aku. Mintak maaf semua. hehehe. Sila contohi Saya. ( ini poyo lagi ) 

Masa dah habis semua urusan , pergi jumpa semua budak perempuan 3C 2012 peluk peluk salam salam mintak maaf. kehkehkeh. Afiqah pun ada sekali uolls. Masa nak Balik pulak , Si Aidil teman sampai bus stopppp! wuyohhhhh! ada teman. :3 kahkahkah. Padahal dia mmg bust stop sama dengan aku. Sepanjang jalan tu la asyik borak je sampai naik lelah masa nak naik jejantas. wkwkwkwk. turun turun dari jejantas je dapat bas terus. tinggal la si Aidil sorang sorang :p ( jangan contohi saya ) wkwkwkw. Tamatla kisah saya dengan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS.

Terima kasih yang wish aku dekat twitter , bagi semangat , yang akan rindu aku , yang doakan aku. Kepada 3Ceria 2012 yang sangat sangat sangat istimewa pada aku , dari ada aasif , iman , amira , aina tukar takda, dari  ada fitri dan haris, syida tukar kepada firdaus dan akhir sekali izzati , terima kasih menjadi sahabat aku yang selalu tahan dengan mulut yang aku tak berhenti , panas baran aku , yang setia tak buat kerja dengan aku , yang setia back-up satu sama lain, yang saling sayang menyayang antara satu sama lain walaupun selalu bergaduh manja. Terima Kasih untuk semua itu. 

Terima kasih jugak kepada #TeamOneDay = Najihah , Najwa , Fatinah , Ummu , Aimuni yang setia berada di sisi aku walaupun aku banyak kelemahan. yang setia belajar erti kehidupan dengan aku. Yang setia mendengar cerita cerita merepeks aku. Yang setia melayan karenah gi-la aku. Yang setia melayan perangai perasan aku. yang setia mendengar cerita pasal FO yang tak mungkin aku dapat. Yang setia kena marah dengan aku. Yang setia berperang mulut dengan aku. yang setia hang out dengan aku. Terima kasih semuaaa! InsyaAllah kita akan jadi kawan hingga Jannah begitu jugak kepada budak budak 3Ceria 2012 yang lain. Friends Till Jannah InsyaAllah. 

Kepada junior junior ku, belajar la elok elok ye ! nanti mohon sekolah sama dengan Kak Ainatul! hahaha. InsyaAllah akak Ainatul tak lupa korang. Tidak lupa jugak kepada senior ku yang sering menyempitkan TL ku ( ini hiperbola ) = Kak Ain Nasihah , Kak sara dan lain lain. 

Doakan la yang aku dapat sesuaikan diri dekat sekolah baru. (:


Querido ,
Shah .




0 Comment :