Thursday 17 January 2013

Form 4.

Assalamualaikum. (: x

Dah lama tak update blog kerna kesibukan dan ketandusan idea untuk menaip. cuma bagi ruang untuk persiapkan diri untuk masuk Umur baru, dan zaman belajar baru. heh.

3 / 1 / 2013 

Semua datang sekolah dengam muka sememeh , muka semangat tahap pokok , bau kedai dengan serba satu baru punya. Aku pulok , baju and kasut je baru . sebab malas nak beli baru , kang dapat sekolah lain. nanti membazir pulok. Hari first pun dah nyaris nyaris masuk barisan 'lambat' tu. lepas habis Pak Ju cakap dengan jayanya  kitaorang budak form 4 terus kena sumbat masuk dewan yang sunggu Kris Mas tu. kahkahkah. Cikgu pulok ambik alih mic dari Pak Ju. bagi taklimat bagai. memang kebisingan para pelajar sangat la tahap maksimum. itu baru cuti 1 bulan setengah. belum lagi 1 tahun. itupun bercerita mengalahkan Mak Kiah. HaHaHa. lepas beberapa minit kemudian ( berborak dengan Fatinah je kerjanya ) cikgu mula umumkan kelas and aliran mana yang kitaorang dapat. K. ini part ini sangat tak best. sampai je cikgu umumkan kelas 4 ST aku duk pandai lantai dah. Berdoa janganla aku dapat kelas ni. sebab aku mintak kelas ni. ( ini masa main main je mintak kelas tu. ) Nama Aleep dah selamat kena panggil sampai part nama perempuan , nama aku disebut akhir sekali. Semua budak perempuan 3C cakap 'Ainatul....' siap ada yang tarik tangan aku. aku tak ingat macam mana perasaan aku masa cikgu umumkan nama aku tu....... Nasib baik ada aleep. kalau tak memang tak bercakap aku. lepas je cikgu agih agihkan kelas. Kitaorang terus belajar. Betapa tak fokusnya aku sebab aku rasa kelas yang aku tak best. siap nak jumpa cikgu suruh tukar aku pergi Sc1.


7 / 1 / 2013

aku mula ragu ragu dengan keputusan aku untuk tukar kelas tu. Sebabnya , kelas yang aku dapat tu hanya ada 23 pelajar ( sama macam kelas 3C aku dulu ) , cikgu dia memang best , classmate yang gila gila dan baik. Serious la walaupun aku selalu gaduh dengan Azim pasal siapa yang kena hantar slip kehadiran pelajar , siapa yang kena jaga buku disiplin , selalu kena ucap padahal aku penolong ni sebab azim selalu masuk lambat tapi aku suka je. First time dapat jawatan penolong :') dan semakin hari semakin aku ragu, sampai aku buat istikharah sebab aku tak percaya dengan keputusan yang aku buat. Aku tahu, aku jenis manusia yang tak tetap pendirian. aku memang begitu.


14 / 1 / 2013

Aku dah selamat masuk kelas Sc1 , dengan aleep , Andrian. Mira pulak dapat masuk kelas Sc2. Najwa pulok tukar kelas k2. aku duduk dekat tempat najwa dalam kelas sc1. pada mulanya aku akward sikit sbbnya kena biasakan diri lagi. padahal hampir separuh kelas 3c dapat sc1. Cuma entah... dan sehingga aku menaip iaitu 17 / 1 / 2013 aku sudah terbiasa. sudah terbiasa dengan persekitaran yang baru ni. walaupun rasa rindu zaman form 3 masih berbekas , namun kehidupan ini mesti diteruskan. Tak akan aku lupa kelas 3C yang sangat sangat bermakna dalam hidup aku. yang aku letak dekat tempat paling special.

16 / 1 / 2013

keputusan tawaran SBP keluar . aku tahu pun sebab Aimuni check dekat laman web apatah. Kitaorang semua dah cuak tahap gaban nak check. Aku balik dari sekolah terus cakap dengan umi yang keputusan SBP. Mula la aku pergi dekat Laptop ayah ( ini sebab malas nak ambik laptop sendiri ) . hati tak payah nak cakap ah. cuak semendeng je. Bila dah taip no angka giliran , no ic. terus tutup mata. Bila dia dah habis loading... mak ai. terus menjerit panggil umi, nak menitis air mata aku baca ayat pertama dia yang warna merah itu.

Tahniah , anda berjaya dalam pemilihan sekolah berasrama penuh ( macam ni la rasanya ayat dia )


aku dapat SBP Integrasi Temerloh. Hanya aku dan Najwa je yang dapat. Ini memang rezeki Najwa dapat sekolah dekat dekat. dapat dekat Rawang sana tu ha. Gembira dapat tawaran ini. Cuma rasa bersalah sikit bila kawan kawan cakap 'untung la' sebab diaorang yang beria ia nak SBP.  Maaf. Dan sekarang aku tengah fikir lagi sama ada nak ke idak. InsyaAllah keputusan yang terbaik.


Querido,
Shah.


0 Comment :