Friday 22 March 2013

Kaku.

Assalamualaikum.


Ehem. Eh, tetiba rasa janggal nak update macam biasa sebab ada orang yang duk asyik hadap setiap patah perkataan yang ditaip dalam blog ni. (konon) kuhkuhkuh. Agak seriau jugak ah bila dapat tahu ada orang baca setiap cerita yang ada dalam blog. Well, dah lelaki baca blog haku memang la aku seriau. kut aku ada post pelik pelik tak ke hancuss gituh. 

Ehem. Ehem. So , kepada sesiapa yang dia rasa macam yang dia dah baca post post sebelum ni mesti pelik kan tetiba je aku tukar genre blog jadi cerpan. ( vassss gituh ) dalam blog aku ni takda unsur unsur copy paste erk, i means dalam bentuk penulisan. kalau bentuk grafik pun aku kadang-kadang akan cakap terus dekat owner ataupun letak nama diaorang dekat bahagian credit haku. Post-post yang sebelum ni memang aku yang tulis. Itu memang cerita pasal diri haku yang aku taip dalam berbentuk berbeza yang aku gambarkan terjadi dekat seseorang supaya korang boleh faham walaupun ada aku tokok tambah. (aku tak tahu la korang faham ke idak) tapi memang masa tu idea banyak sangat nak mengarang padahal dah lama tinggal zaman mengarang aku kerana tak cukup masa and idea. sob. sob. sob. Sadis. 



Jadi , kehidupan aku setelah berpindah-randahh-pindahbalik. Well, secara jujurnya masa mula-mula aku tukar balik aku memang rasa down sangat tanpa sebab. Aku tak banyak bercakap. Tak banyak berinteraksi. Sampai ada kawan aku cakap : 'Kau kena buli eh dekat sana?' 'Hantu mana sampuk kau ni?' . Aku manalah tahu aku jadi macam tu...............Hari berganti hari , aku pun dah semakin okay. Tak la teruk sangat macam aku mula-mula pindah tu. Aku cakap dekat diri aku : ' Allah bagi aku tawaran tu sebab nak tunjuk aliran mana yang terbaik untuk kau.' Alhamdulilah. Aku tak la tak suka mana pun aliran aku ambik ; Lukisan Kejuruteraan. Keputusan Ujian bulanan untuk subjek itu pun buat aku senyum panjang. Baru sebulan belajar dapat A woi. siapa tak bangga. kuihkuihkuih. 

Haritu aku dah terbaca dalam satu majalah pasal istikharah. Dia ada sebut pasal istisyarah. Istisyarah ni kiranya macam berbincang atau meminta pendapat orang lain (contoh: ibu bapa) sebelum membuat sesuatu keputusan. Aku baru first time dengar pasal istisyarah ni sebab sebelum ni aku pernah dengar istikharah je. Sebelum korang nak buat istikarah, korang check list senarai ni


  • Bertanya kepada orang yang arif berkaitan dengan masalah yang dihadapi. (isstisyarah)
  • Mestilah perkara tersebut bukan termasuk perkara wajib atau haram ( kalau dah wajib tu buat je, kalau haram tinggalkan.)
  • Bertaubat.
  • Berpuasa (mendekatkan diri kepada Allah SWT)



Sumber : Majalah Muslim Teens bil 12 mukasurat 28 &29.

Querido,
Shah.

0 Comment :