Sunday, 9 March 2014

Espiyem

Bismillah.


"Mana tahu nanti masa nak ambik result spm, kau datang dengan dia sebagai pakwe makwe ke"


salah satu ayat budak kelas aku. memang semua perangai semadang macam tu. suka buat kontroversi. suka buat kesimpualn sendiri. hahaha. but happening yo. (aku puji ni woi)

aku baru cerita sikit pasal yang dia ws aku tak pakai aku-kau, saya-awak tapi pakai ainatul-(well tak tahu dia guna ganti diri sebagai apa sebab dia selalu elakkan). terus buat spekulasi pasal ambil result. pergh hebat budak kelas aku. tapi aku sayang woi.(puji lagi ok) walaupun perangai mintak sup racun. bedebah betul. haha.

Mana tahu betul betul dengan dia ke. hikhikhik.
tapi nak yang ada Mr.Soleh, Mr.Perfect ,Mr.Doctor ke. Kahkahkah.

Querido,
Shah.

Saturday, 8 March 2014

Kawan

Bismillah.


Ya, makin umur kau meningkat, makin hilang kawan yang kau boleh buat kawan. heh.
Betul kata orang.
Susah nak cari kawan yang boleh sehidup semati dengan kau.
yang kau boleh terima seadanya.
Untuk kau terima diri sendiri pun susah, apatah lagi orang lain kan?
Hanya seorang sahaja yang akan stick dengan kau dari zaman kau hingus , zaman kau main aci kejar sampai angkat kain.
HANYA SEORANG.
susah dunia sekarang.
ini zaman kau sekolah, belum lagi kau tengok luar yang banyak celanya.
aku boleh kira dengan jari kawan yang stick dengan aku dari zaman aci kejar.
haha, sadis.
ya hidup aku memang begini.
Maaf ya kalau hidup kau itu sempurna bak sutera?
susah nak hidup macam ni.
susah kena telan sendiri.
aku benci keadaan ni.
mahunya aku bunuh perasaan ini.



Querido,
Shah.

Sunday, 2 March 2014

Tak Boleh?

Bismillah

esok aku exam tapi tak ada hati nak tulis pasal exam pun. haha.


Aku dari dulu fikir macam mana dua orang(obviously lain jantina) boleh sehidup semati selama 30,40,50 tahun. aku yang hadap pakwe sebulan dua bulan (well dah lama tinggal zaman ni) pun boleh muak dengan cepat apatah lagi yang dah berpuluh tahun lagi? holamak.

jangan nak kataa 'kau tu kecik lagi' maka nah memang umur aku pun tak cecah 17 tahun lagi nah aku bagi peluang terangkan. (ya, agak rebel ayat aku ni) hahaha biar biar biar la biar.


well biar aku tinggalkan entri tergantun dulu sebab mau nya baca buku dong.

Querido,
Shah.

Friday, 14 February 2014

Er. Hai?

Bismillah.
Assalamualaikum.



Hai.

Dah selamat jadi form 5. maka bedebah dah dua bulan tak cukup tidur.
tengah biasakan lagi diri dengan jadual yang pack habis. huh. tak apa demi spm yang terchenta tergolek.


Querido,
Shah.