skip to main
|
skip to sidebar

Kali ini nak join GA by Sis Miraa yang super duper ohsem ini. Siapa menang akan dapat Lomo Aquapix. Sudah lama Shah berangan angan nak beli Lomo Aquapix ni tapi disebabkan Shah ni budak sekolah mana la cukup kehchainkehchain nak beli benda alah ni. Apabila Sis Miraa buat GA ni terus rasa teruja nak join sekali. Siapa tak join rugi bangaatt dong.
Sekiranya anda anda sekalian ingin join sekali boleh laa ke --->Lomo Aquapix Giveaway by Miraa Hussin
Jangan lupa Doakan Shah menang !

Happy Birthday to me , happy birthday to me , Happy birthday to Shah. Siapa yang nyanyi lagu ni untuk Shah , Shah cucuk mata dengan garpu. Biar jadi Kassim Selamat. Birthday Shah sudah lepas laaa~ *Siapa tak tahu meh sini , Shah rotan dengan Hanger. Terima kasih kepada sesiapa yang wish dan bagi hadiah dekat Shah. *berdiri sambil pegang mic sebab menang ABPBH. Shah sangat la terharu. :) Hari ini , hari khamis bermaksud sudah seminggu birthday Shah berlalu dan hari ini baru terbuka hati Shah nak update. Sebenarnya Shah taknak update pasal birthday Shah. Shah nak Update pasal benda pelik yang Shah suka buat.
#1 Shah akan letakkan tangan Shah dekat balakang leher Shah.eheeem , perlakuan ini hanya bila Shah malu Shah akan reflek buat pergerakan tu. contohnya hari itu Shah pergi jumpa ustazah sebab nak tanya ada kelas atau tidak. satu sekolah Shah jelajah. Sampai dekat block D Shah jumpa jugak ustazah Shah tengah mengajar budak form 1. dah la kelas tu crowded dengan budak - budak junior. Shah kononnya bajet muka ice batu kena campak dekat atas gunung kinabalu masuk la kelas tu. masa jalan uh tangan Shah terus refleks dekat belakang leher. ustazah siap ulang balik apa yang Shah buat. *harap ustazah tercinta tak baca.
Kali ni Shah letak satu je sebab tak terfikir lagi. Inspired by Brothaa Eijat.Twitter : Shah

AWAK SHAH RINDU AWAK !WALAUPUN SHAH BARU DENGAR SUARA AWAK DUA HARI LEPAS. :'(

Saya okeey sekarang. Shah dapat terima hakikat yang hati awak sudah berpunya. *wit wit* Seriusly Shah tengah senyum walaupun mata Shah bengkak macam buat pembedahan plastik.
Kepada sesiapa yang nak tahu cerita sebenar sini , sini dekatkan muka anda anda sekalian melekat depan lappy. *aura merepek* Sejak belakangan ini , Shah dapati Status Si AB ni semua pasal cinta. Lovesick la, rindu la , and bla bla bla *sakit hati bila nyatakan* mula - mula Shah buat deekkk je , biasa la nak cover yang Shah ni kuat la kononnya. *ptuihh* tapi bila Shah on twitter semalam , Shah tengok dia punya tweet mak aiii , semua in love punya. *jelos niii* menitik jugak la air mata setitik dua. *jangan baca - jangan baca*
Tangan yang memang sedia baik ni terus buat panggilan kepada Jiji. Dia boleh pulak keluar aura indon masa orang tengah sedih - sedih ni. Shah pulak pergi la cerita yang Si AB ni buat status macam makk aii baru jatuh cinta. suara cover sambil mata buat pesta air terjun. nasib baik la Shah memang mengalami sakit tekak yang agak teruk , itu yang Jiji tak dapat kesan. *terima kasih* Jiji cakap :
'ala rileks laa , dia baru jatuh hati , tak declare pun lagi'
hati perlahan - perlahan mula terima hakikat. Betul jugak diaorang tak declare pun lagi. tapi Shah tak pernah terdetik pun nak jadi orang ketiga. i'm only he secret admire :)
Then , baru tadi Shah on Twitter japp keluar pulak tweet dia dekat home Shah. *kenapala asyik keluar dekat Shah je ?* Dia chat dengan Love dia. Masa tu la Shah dapat tahu siapa Love dia. SAYA STALKER TERHEBAD. *bercita - cita nak jadi detective conan.* Shah kenal love dia tu. memang dari hari tu Shah asyik cakap love dia comel. memang comel pun. memang padan la pun diaorang tu.
Lepas dari itu , Shah boleh senyum balik. bukan Fake smile ehh. Shah senyum macam Selena Gomez senyum tu. Terima Kasih Kepada Syaa yang baca entri Shah sebelum ini. Sayang Syaaa sangat - sangat. :)
Kadang - kadang kita akan lebih bahagia apabila kita tengok orang kita sayang bahagia. ^_^
Heartfelt ,Querido.