Saturday 15 March 2014

Bomoh

Bismillah.


Aku tak pernah malu nak mengaku diri aku sebagai seorang warga Malaysia.
Sebagai Orang Muslim. Tak pernah. walau jatuh macam mana pun Malaysia.
Tapi sejak ada bomoh yang kononnya gelarkan diri sebagai bomoh agung silat pe jadah tu.
Semua berubah.
aku tak pernah faham kenapa nak jado "bomoh" kena pakai songkok bagai?
dekat Malaysia, bila ada orang pakai songkok, kita tahu dia Islam secara kasarnya.
Malu kau tahu, malu.
Soal ini bukan dapat liputan dari dalam negara sahaja tapi luar.
Kau tahu macam mana pandangan Orang bukan islam terhadap orang Islam?
RIDICULOUS.
macam kita tak bertamadun.
macam kita tak ada tuhan.


Querido,
Shah.

0 Comment :