Friday 21 December 2012

Selepas Result PMR

Assalamualaikum. 

Sebenarnya kan entri ni untuk post sebelum ini sebab masa post entri sebelum ni sangat tak lengkap dan kaku. Tapi disebabkan buat entri tu hari ambik result lepastu tersadai jeee sampai la kemarin. itupun main je sambung sambung ayat (sebab nak keluar dengan kawan)(konon nak celebrate la) ceh. Itu je macam tah hapa hapa tah sampai orang baca nak baling durian dekat aku sambil cakap  ' Masuk tadika balik la' ( Macam ada reader ) Apa apa pun result Aku yakni Shah ( LOL ) dapat





8 A 1 B 



Memang tak sangka langsung dapat 8A1B tu. walaupun target dapat 9A tak kisah la asalkan atas 5 A. Alhamdulilah. subject yang B tu Bahasa Arab. jadinya kalau takda bahasa arab kira aku dapat straight A's la. ( LOL ) tapi walau apa apa pun belajar bahasa arab ni best wahai adik adik ku ( serious talk ) Cuma bukan nasib aku dapat A untuk subject tu. Abang Lope ada suruh recheck balik markah bahasa arab tu tapi aku taknak kang tak pasal pasal recheck balik turun gred aku jatuh. Buat menangis tak berlagu karang dekat pejabat pelajaran tu. Lagipun selama setahun ni aku exam aku tak pernah dapat A untuk bahasa arab cuma dapat 70 keatas je. Cuma masa trial haritu dapat 78 ke 76 ( tak ingat ) jadi memang semangat berkobar kobar la nak dapatkan A bahasa arab masa PMR ni tapi ..... HaHa. takpala. Kira alhamdulilah nikan! kena bersyukur!

So , adik adik yang nak tahu experience 'akak' masa ambik result untuk membimbing lebih tawakkal dan macho tahun depan sila la baca entri ni sehingga habis walaupun panjang berjela nak gi-la habiskan jugak ( main peras ugut ) HaHa.

Masa ustazah Tengku Laila ( guru kelas ) hulur slip PMR. mata terus baca dari atas sampai bawah. tetiba air mata dah bertakung dekat mata and terus gelak. ( reaksi spontan gelak tu ) lepastu ustazah cakap : ' Nak gelak gelak tu nanti , sain ni dulu.' ( sambil tunjuk kertas apa tah ) aku sains terus pi belakang ( padang, sebab ambik dekat astaka kan) terus call bapak. Air mata tak payah kira weh. Sampai orang ingat aku kena dera. ( k. ini tipu ) masa tu memang kau tak heran dah orang sekeliling dah. ( sangat excited actually ) kau tahu sampai Bapak kena call aku 3 kali untuk dengar betul betul apa aku cakap . KahKahKah. ( sampai sekarang bapak mengajuk balik cara aku cakap and menangis tu ) lepastu call opah ( opah pun menangis sama bila dengar aku menangis ) , Wan Cho ( wan cho tanya kenapa menangis. haha. tak tahu kenapa menangis sangat teruk masa tu ) , try call wan Nyah and Kak dik tapi tak dapat ( diaorang dekat JB ) , lepastu Kak Huda whatsapp tanya aku dapat berapa A terus je call dia ( dia pun menangis sekali ). last last check kedit tinggal 0.27 sen. ( sadis gi-la ) lepastu umi bbm tanya dapat berapa ( umi takda dekat KL ) . Umi dari demam terus baik demam bila tahu kepetusan aku ).

Aku terlampau gembira sampai aku lupa nak Call nenek. nasib baik umi ingatkan. terus tarik Aimuni pi teman carik public nak call ( cucu apa la aku ni ) then , pi 7E dengan Aimuni , Najwa and Ain A. semua terlampau dahaga almaklum la cuaca terik lagi lagi ambik result sebelah padangkan. then terus balik rumah . ( sampai sini je sanggup cerita sebab nanti panjang sangat )

Ramai yang tanya aku apa yang aku dapat untuk 8 A ni. So , aku kan post gambar and siapa yang bagi.

 Cover phone Kak Huda kasi and Kak Huda belanja steambot. Gambar ni post dulu sebab Kak Huda yang bagi dulu. 

 Benda ini dibeli oleh diri sendiri konon kononnya nak sama dengan cover la dan konon kononnya nak buang duit.

Ini pulak Umi bagi . Sebelum Pmr umi ada janji 1A 50 hinggit jadinya 8A 400 hinggit la kan. Umi janji nak masukkan dalam akaun bank aku. heeee.

Setakat ini itu je la je la hadiah yang dapat. Tapi sebenarnya hadiah tak penting. yang pentingnya bila kau tengok orang lain gembira sebab kau. Itu pun dah buat kau sangat bahagia dan gembira.
BTW , bapak aku tak ikut masa aku ambik result sebab aku dah pesan awal awal dekat bapak jangan ambik cuti. ( bukan aku sorang je , ramai lagi yang buat macam ni ) lagipun aku takut kalau aku kecewakan dia .
Kepada yang tak dapat Staraight A's macam aku . Mungkin Allah taknak bagi kejayaan pada kita sekarang untuk simpan kejayaan kita untuk masa depan. Jadi jangan bersedih. Banyak lagi benda yang kita boleh berjaya. Allah lebih mengetahui. 
Kepada Adik adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR tahun depan. Jangan banyak sangat main eh masa belajar. Nak main main boleh tapi berpada pada, jangan terlebih sangat. Kita kena ingat kita ni harapan keluarga. tapi jangan la stress sangat. Kita kena la pandai bahagikan masa kita. dan sebulan atau dua bulan sebelum PMR pulun betul betul. Itu la kejayaan kitaorang kelas 3 Ceria. (: dah akhir sekali Semoga Berjaya ! insyaAllah kalau kita dah usaha , doa dan tawakkal kita akan peroleh apa yang kita nak. (:

Querido ,
Shah.

2 Comment :

momoNERD said...

Tahniah dapat 8A. Dulu akak dapat 8A 1B juga tapi B tu Bahasa Melayu hihi.

Iron Lady said...

@momoNERD Terima kasih Kak. hehe. (: